Buletin

GENERASI AKAN DATANG HONDA CIVIC TYPE-R MUNGKIN SEBUAH HIBRID?

Seorang eksekutif kanan Honda memberi bayangan bahawa Honda Civic Type-R generasi akan datang akan mengadaptasi teknologi elektrifikasi.

Jawapan itu jelas menimbulkan spekulasi bahawa pengeluar berpengaruh dari Jepun tersebut mungkin menggunakan teknologi hibrid atau elektrik ke atas jentera breprestasi tinggi itu.

Pengurus Projek model konsep E Prototype, Kohei Hitomi menyatakan Type-R baharu pastu mendapat manfaat daripada teknologi berkenaan.

“Saya rasa tidak sukar untuk mencapai prestasi Type-R dengan sistem EV sepenuhnya pada masa sekarang. Tetapi, Type-R bukan sekadar prestasi. Ia turut melibatkan aspek pengendalian, operasi dan pemanduan.

“Jadi, kami tidak fikir ia semudah menggantikan semua itu dengan kuasa elektrik. Itu bukanlah hala tuju yang betul untuk Type-R,” jelas Hitomi.

Hitomi sebaliknya memberi bayangan bahawa Honda kini sedang mengkaji bagaimana elektrifikasi mampu meningkatkan pakej Type-R, sebagaimana ia lakukan dengan pengecas turbo, berbanding menukarnya secara drastik.

“Dahulu orang komplen apabila kami beritahu Type-R akan menggunakan pengecas turbo. Namun kini mereka menghargai kemungkinan-kemungkinan baru yang ditawarkannya.

“Saya percaya perkara sama akan berlaku dengan kereta elektrik atau hybrid. Peminat Type-R akan sedar apa yang teknologi ini mampu tawarkan kepada pengalaman pemanduan mereka.

“Kami hanya perlu mencari ciri-ciri terbaik yang sesuai untuk Type-R, meningkatkan pengalamannya tanpa menghilangkan DNA yang menjadikannya sebuah Type-R,” katanya lagi.

Tags
Google ads
Back to top button