Buletin

HONDA JAZZ VERSI EROPAH, SPESIFIKASI TIP TOP!

Satu perkara yang diperhatikan apabila Honda melancarkan Jazz generasi keempat ialah kepantasan program pemasarannya di Eropah. Jazz sebelum ini adalah model global Honda yang dipasarkan di banyak buah negara dari Asia Tenggara hingga Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, berita mengenai penawaran Jazz di Asia Tenggara belum kedengaran yang merupakan pasaran tradisi sejak generasi pertama.

Berkemungkinan Honda mengubah strategi dengan menawarkan City Hatchback seperti Toyota Vios dan Yaris.

Honda dari awal pelancaran sudah mengumumkan Jazz pasaran Eropah hanya ditawarkan dalam versi hibrid.

Terbaru Honda mengumumkan Jazz pasaran Eropah dilengkapi beg udara depan-tengah.

Komponen keselamatan itu adalah yang pertama buat Honda di Eropah dan pertama di dalam segmennya ditawarkan sebagai kelengkapan standard.

Beg udara depan-tengah ialah satu daripada pakej keselamatan komprehensif pada Honda Jazz pasaran Eropah.

Sebelum itu apa yang dimaksudkan dan di mana lokasi beg udara depan-tengah?

Beg udara itu dipasang di belakang kerusi pemandu dan menjangkau sehingga ruang di antara pemandu dengan penumpang sisi.

Ini bermakna pemandu Jazz dilindungi beg udara pada kedua-dua sisi kerusi.

Menariknya, beg udara itu hanya satu daripada sepuluh yang ditawarkan pada Jazz.

Satu lagi fungsi beg udara depan-tengah ialah mengelak sentuhan langsung dan mengurangkan impak di antara pemandu dengan penumpang sisi apabila berlaku kemalangan dari tepi kereta.

Berikut ialah ciri-ciri beg udara depan-tengah pada Honda Jazz pasaran Eropah:

  • Bagi memastikan beg udara berada pada posisi tepat dalam memberikan perlindungan maksimum apabila diaktifkan, terdapat tiga penambat (tether) yang membentuk beg udara di sekitar pemandu dalam bentuk melengkung.
  • Kakitangan bahagian kejuruteraan merekabentuk beg udara tersebut untuk dimuatkan pada bahagian sokongan (bolster) atas kerusi.
  • Ada dua lagi komponen yang mempunyai saling fungsi dengan beg udara depan-tepi.
  • Tali keledar pra-tegang untuk kedua-dua pemandu dan penumpang sisi berfungsi dengan mengurangkan pergerakan badan ke sisi dan turut dibantu perehat lengan tengah dengan ukuran lebih tinggi.
  • Secara keseluruhannya impak kepada pendekatan baharu ini dapat mengurangkan kecederaan kepada kepala sebanyak 85 peratus bagi penumpang sisi dekat dan 98 peratus bagi penumpang sisi jauh (Ujian dalaman Honda).

Selain itu, Honda turut menambah baik beg udara belakang sisi i-side Airbag System. 

Beg udara dengan dua struktur itu dibuat bagi melindungi penumpang belakang daripada impak pintu dan tiang C apabila berlaku pelanggaran dari sisi.

Ciri-ciri baharu itu dibuat selari dengan keperluan ujian pelanggaran baharu Euro NCAP 2020 pada bahagian sisi kenderaan.

Sebagai tambahan kepada beg udara depan-tengah, beg udara di hadapan lutut pemandu dapat mengurangkan impak pada bahagian bawah badan.

Selain ciri keselamatan pasif, Jazz pasaran Eropah dilengkapi teknologi bantuan pemanduan Honda SENSING.

Berikut ialah ciri-ciri dalam teknologi Honda SENSING:

  • Collision Mitigation Braking System 
  • Adaptive Cruise Control
  • Lane Keeping Assist System 
  • Road Departure Mitigation System 
  • Traffic Sign Recognition System 
  • Intelligent Speed Limiter 
  • Auto High-Beam (Kelajuan lebih 40km/j)
  • Blind Spot Information dengan Cross Traffic Monitor (standard untuk varian Executive)

BACA: PADA 2005 HONDA RIDGELINE DIPERKENAL – ENJIN VTEC 3.5L!

BACA: HONDA ACCORD SM4 USDM

BACA: TIADA 1.5L TURBO UNTUK HONDA ACCORD JDM, GUNA 2.0L HIBRID

Google ads
Back to top button