
NETIZEN KECAM PERODUA BEZZA IKUT RAPAT AMBULANS. ABANG AMBULANS RAKAM GAMBAR DEPAN-DEPAN
Sikap pentingkan diri dalam kalangan pemandu di Malaysia sememangnya masih menebal. Buktinya, baru-baru ini tular satu rakaman video yang menunjukkan sebuah Perodua Bezza mengambil kesempatan dengan mengekori rapat ambulans demi mengelak kesesakan lalu lintas.
Rakaman pendek berdurasi 56 saat itu juga memperlihatkan ‘abang ambulans’ merakam gambar kenderaan tersebut. “Kena snap gambar depan-depan dengan abang ambulans. Terbaik lah. Mesti 20 tahun tak habis malu lagi ni,” tulis satu kapsyen pada hantaran tersebut.
Video Perodua Bezza berwarna biru tersebut dikecam oleh orang ramai yang menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan berbahaya.

Ada yang mendakwa bahawa pemandu Bezza berkenaan ialah seorang pemandu Grab. Hal itu mendapat respon dari[ada pihak Grab yang kemudian menyatakan siasatan sedang dijalankan.
Dalam video itu juga, tanpa disangka datang sebuah lagi ambulans dari arah belakang Bezza berkenaan menyebabkan ia tersangkut kerana terhalang oleh kereta tersebut.
Rata-rata pengguna sosial media mahu pihak berkuasa mengambil tindakan segera kerana ia berkait dengan soal keselamatan orang lain.
- BACA: BANYAK MAIN, KERETA MAINAN TAK BAYAR PARKIR KENA TUNDA JADI VIRAL
- BACA: POLIS KENAL PASTI PENUNGGANG JENTERA KUASA TINGGI VIRAL. LAYAN WHEELIE, PECUT 280KM/J
- BACA: VIRAL RATUSAN PETANI DAPAT DURIAN RUNTUH. “BORONG” BELI KENDERAAN MEWAH
- BACA: PRAMUGARI EMIRATES BERDIRI ATAS PUNCAK BURJ KHALIFA JADI VIRAL