Buletin

HANTARAN DI GROUP FACEBOOK JADI BUALAN. PERODUA ALZA 2022 BANYAK MASALAH?

Perodua Alza serba baharu yang berjaya menerima lebih 30,000 tempahan sejak mulai ditempah pada 23 Jun 2022 masih lagi jadi bualan orang ramai tentang aspek kebolehpercayaan MPV kompak itu.

Perodua Alza serba baharu dibangunkan di atas platform baharu Daihatsu New Global Achitecture atau DNGA. Selain Alza, Toyota Veloz dan Daihatsu Xenia turut menggunakan platform yang sama.

Baru-baru ini, timbul satu hantaran di group Facebook yang mendakwa bahawa kereta Alza 2022 milik mereka mengalami banyak masalah.

Dalam hantaran tersebut, disenaraikan beberapa masalah yang terdapat pada Alza 2022 seperti alignment lari, cat dalam dan luar begitu nipis, bumbung bocor, dashcam kurang memuaskan, masalah brek berbunyi dan terdapat kebocoran pada absorber.

Namun, pada ruangan komen hantaran tersebut, ramai mengatakan bahawa mereka berpuas hati dengan kenderaan mereka. Mungkin mereka lebih bernasib baik.

“Korang jangan salah baca pulak, bukan semua list masalah tu problem untuk satu kereta…tapi kebanyakan mungkin satu dua masalah tu untuk dalam satu biji keta… lagipun bukan smua kereta defect,” kata seorang pengguna.

Menerusi komen seorang pengguna di Facebook, dakwaan tersebut sebenarnya berlaku kepada dirinya yang mengalami masalah seperti isu sambungan Apple Carplay, kotak gear dan dashcam.

“Normal kalau kereta baru ada isu. Sebab tu penting ada group yang boleh senaraikan masalah yang timbul dan highlight kat Perodua secara berjemaah. Selagi ada waranti, sebarang replacement atas manufacturer, jadi tak perlu risau.”

Pastinya dakwaan kelemahan pada Alza 2022 perlu diberi perhatian oleh Perodua untuk meningkatkan kebolehpercayaan kereta kompak tersebut selain memuaskan hati pelanggan Alza 2022.

“Biasalah 1st batch.. insya’allah second or facelift nanti okay kalau perodua buka mata,” kata netizen yang lain.

Google ads
Back to top button