Buletin

PESAKIT MAUT AMBULANS REMPUH PLAZA TOL DI INDIA

Empat individu termasuk pesakit maut dalam satu kemalangan membabitkan ambulans yang terlanggar laluan di sebuah plaza tol di India, baru-baru ini. Polis mengesahkan kejadian itu berlaku di Karnataka Uttara Kannada dekat Bhatkal.

Ambulans terbabit membawa pesakit itu dari bandar Honnavar ke Kundapur. Kemalangan itu berpunca apabila pemandu itu hilang kawalan sebaik tiba di plaza tol dan melanggar sebuah lubang sebelum kenderaan itu berpusing.

Pondok tol itu turut mengalami kerosakan akibat kemalangan itu, manakala kakitangan plaza tol itu cedera dan dirawat di hospital. Memetik portal Gulf News, isteri kepada pesakit itu juga meninggal dunia dalam kemalangan terbabit.

Seorang daripada individu dalam ambulans itu dilaporkan meninggal dunia di hospital akibat cedera parah. Kesemua mereka yang maut masih belum dikenal pasti.

Dalam pada itu, visual kemalangan yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial dan meraih pelbagai reaksi netizen. – Harian Metro

Google ads
Back to top button