
BILA VOLKSWAGEN ID.BUZZ DIJADIKAN AMBULANS. COMEL!
Bersempena dengan acara pameran kenderaan komersial IAA Transportation 2022 yang bakal berlangsung, Volkswagen bakal menampilkan beberapa buah model termasuklah sebuah ID.Buzz yang telah dijadikan sebagai kenderaan penyelamat nyawa.
Ambulans ID.Buzz ini dibina oleh Bösenberg dengan membawakan layangan liveri warna terang paramedik, serta gambar van kecil beserta plug hijau yang mengingatkan kita bahawa ini adalah sebuah ambulans berkuasa elektrik.
Menggunakan ID.Buzz Cargo sebagai contoh, ia mampu menawarkan ruang dalaman 3,900 liter dan dimensi panjang 2,123 mm di belakang tempat duduk hadapan, di mana ruang itu sudah cukup untuk membawa muatan pesakit serta kelengkapan perubatan yang wajib ada pada sebuah ambulans.
VW ID.Buzz Cargo di pasaran Eropah dikuasakan oleh motor elektrik pacuan roda depan, dengan pek bateri 77 kWh yang mampu menawarkan jarak 413 km untuk sekali cas penuh (data WLTP).
Selain daripada ambulans ID.Buzz, Volkswagen juga akan mempamerkan beberapa buah kenderaan komersial lain termasuklah teksi Multivan, serta model trak Crafter.
