Buletin

PENYELIDIK UNIVERSITI PURDUE HASILKAN CAT PUTIH BOLEH PANTUL 99.79 CAHAYA MATAHARI. KABIN KERETA LEBIH SEJUK

Penyelidikan baru di Universiti Purdue, Amerika Syarikat berjaya membangunkan cat putih yang mempunyai pantulan cahaya matahari sehingga 97.9 peratus.

Pada tahun 2021, mereka mengumumkan lelaran awal cat yang sangat reflektif. Tetapi pada masa itu, cat tersebut perlu digunakan lapisan setebal 400 mikron. Sebagai perbandingan, ketebalan cat pada purata kereta adalah di antara 100-180 mikron.

Walaupun mampu memantulkan 98.1 peratus cahaya matahari dan menyejukkan bahagian permukaan dalam lebih 4.5°C di bawah suhu ambien, tetapi cat itu terlalu berat untuk digunakan pada kereta.

Eksperimen diteruskan untuk menghasilkan formula baru yang menggabungkan boron nitrida heksagon sebagai pigmen. Bahan itu biasanya digunakan dalam minyak pelincir, namun ia membolehkan cat mencapai pemantulan hampir sama seperti cat asal, iaitu lapisan cat senipis 150 mikron.

Cat tersebut kini boleh digunakan dengan cukup nipis untuk kegunaaan automotif, aeronautik dan lain-lain.

Resipi baharu itu mempunyai berat 80 peratus kurang daripada berat asal dan memantulkan 99.79 peratus panas cahaya matahari.

Cat tersebut amat berguna kerana tidak seperti kaedah penyejukan lain seperti penghawa dingin. Sebaik sahaja digunakan ia tidak mengeluarkan gas rumah hijau. Pasukan penyelidik kini sedang mencari cara untuk menjual cat tersebut.

Google ads
Back to top button