
KTM HENTI EDAR MOTOSIKAL CFMOTO DI EROPAH
KTM dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa pihaknya tidak lagi mengendalikan pengedaran motosikal CFMOTO bagi pasaran Eropah.

Langkah terbaru ini dibuat ekoran KTM masih lagi dalam peringkat pemulihan dari krisis kewangan yang melanda sejak tahun lalu.
Antara langkah diambil termasuk menjual semula MV Aguta kepada keluarga Sardarov sekitar Februari lalu.

Meskipun begitu, kerjasama antara KTM dan CFMOTO terutamanya dalam penghasilan model 790 Duke dan 790 Adventure di kilang CFMOTO masih lagi diteruskan seperti biasa.
“Keputusan ini adalah persetujuan bersama dan hanya melibatkan sektor pengedaran motosikal CFMOTO di Eropah. Kerjasama sedia ada terutamanya melibatkan pengeluaran motosikal di China tidak terjejas dalam langkah terbaru ini,” jelas KTM.

KTM menjelaskan bahawa mereka tidak lagi mengedarkan motosikal CFMOTO dan ZEEHO di Eropah yang merangkumi pasaran Jerman, Austria, Swizerland, UK dan Sepanyol berkuatkuasa 31 Mei 2025.
Difahamkan, CFMOTO akan menamakan pengedar baharu untuk pasaran Eropah pada 1 Jun 2025.