Buletin

NISSAN JUKE GEN-2. ENJIN 1.0L TURBO, PROPILOT, HARGA BERMULA RM88K DI UK

Selepas melakukan beberapa teaser sebelum ini, Nissan akhirnya melancarkan SUV Juke serba baharu ke pasaran United Kingdom.

Generasi kedua itu dilihat lebih besar, ringan dan lengkap berbanding model terdahulu. Untuk makluman, model lama sudah berada di pasaran selama hampir sembilan tahun.

Juke dijangka berada di pasaran UK pada November. Varian asas Visia ditawarkan pada harga bermula £17,395 (RM88,701). Sementara varian N-Connecta dan Tekna pula berharga £20,995 (RM107,000) dan £22,495 (RM114,700) seunit.

Direka di Britain dan bakal dibina di kilang Nissan di Sunderland, model baharu itu masih mengekalkan DNA reka bentuk Juke generasi pertama. Ia kini 35mm lebih lebar, 75mm lebih panjang dan tapak rodanya bertambah sebanyak 105mm.

Dibina di atas platform CMF-B yang sama seperti Renault Captur, SUV itu 23kg lebih ringan kerana menggunakan besi regangan tinggi pada badannya. Dimensinya juga lebih besar, selain menggunakan bahasa rekaan terkini Nissan.

Secara teorinya, platform itu membolekan Juke menerima rangkaian kuasa elektrik dan hibrid.

Juke kini menggunakan enjin turbo tiga selinder baharu bersesaran 1.0 liter sama seperti yang ada pada model kompak Micra.

Enjin berkuassa 155hp dan tork 200Nm (overboost) iru kemudian dipadankan dengan kotak gear klac berkembar tujuh kelajuan atau 6-kelajuan manual yang menggantikan transmisi CVT sebelum ini.

Padanan itu membolehkan Juke memecut dari 0-100km/j dalam masa 10.3 saat dengan pecutan maksimum 193km/j.  

Dari segi penampilan, Juke menggunakan lampu utama LED sepenuhnya berbentuk bulat dan rekaan signatur berbentuk Y. Bahagian bawah pula terletaknya sepasang lampu nyalaan siang dan gril yang nipis.

Lampu belakang telah diubah sepenuhnya. Manakala ruang kargo pula ditingkatkan kepada 422 liter, naik 68 liter berbanding model terdahulu.

Pelanggan di UK boleh memilih daripada 11 warna luaran, saiz rim bermula 16 hingga 19 inci, selain kemasan kontras pada bumbung dan perumah cermin sisi bagi varian tertinggi, Tekna+.

Nissan mendakwa ruang kabin Juke kini lebih luas. Bahagian dalaman juga kelihatan sporty dengan tempat duduk sports.

Tiga skema warna dalaman ditawarkan iaitu oren, putih atau hitam Bersama kemasan kulit Alcantra.

Papan pemuka dihuni oleh sistem infohibur Bersama skrin sentuh bersaiz lapan inci. Ia hadir dengan ciri seperti Wi-Fi, aplikasi kawalan jauh NissanConnect dan sebagainya.

Sebagai model baharu, Juke dilengkapi pelbagai teknologi bantuan pemandu. Antaranya ialah ProPilot, brek kecemasan automatic pintar, pengesan pejalan kaki dan penunggang basikal, Lane Keeping Assist, Rear Cross Traffic Alert, Blind Spot Monitoring serta banyak lagi.  

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button