Buletin

NISSAN ALMERA BAHARU SEDANG DIUJI. SAH LANCAR TAHUN DEPAN!

Sewaktu sesi uji pandu Nissan Xtrail facelift bulan lepas, pihak media dibertahu bahawa Tan Chong Motors akan melancarkan Nissan Almera generasi baharu pada tahun hadapan.

Ia agak mengejutkan kerana Almera (Versa) generasi baharu sahaja dilancarkan di pasaran Amerika bulan lalu. Jarang-jarang ETCM melancarkan model baru dalam masa yang cepat. Mungkin mereka sudah insaf dan kembali ke pangkalan jalan atau mungkin mereka sendiri dah sanggup tengok rupa Almari sekarang.

Baiklah, sebelum Malaysia, biasanya pasaran kereta Jepun generasi baru akan masuk ke Thailand dan Indonesia terlebih dahulu. Dan ini ialah foto intipan pertama Almera yang berjaya dirakamkan sedang diuji di jalanraya di Thailand.

Berbeza dengan generasi sekarang, Almera baru ini mengambil inspirasi rekaan sedan lebih besar iaitu Altima (Teana). Ini dapat dilihat dengan jelas menerusi gril V-Motion, sepasang lampu utama LED yang nipis dan lampu kabus.

Almera serba baharu ini adalah lebih rendah, lebar dan panjang berbanding model gantiannya.

Melihat dari arah sisi, Almera nyata lebih elegan. Satu bahagian di tiang belakang dihitamkan untuk memberi bayangan bumbung yang terapung. Bahagian belakang pula diserlahkan menerusi lampu yang memanjang. 

Ruang kabin turut menerima perubahan yang cukup besar. Tiada lagi dial besar berbentuk bulat yang nampak murah.

Sebaliknya, papan pemuka dipasang dengan sistem audio serta skrin sentuh berbentuk trapeziodal, bersama ciri Apple CarPlay dan Android Auto. Di samping tombol kawalan pendingin hawa kini lebih kecil dan kemas.

Tempat duduk dan konsol tengah dibalut kulit bersama jahitan benang berwarna oren. Manakala streng kini tampil dengan rekaan rata pada bahagian bawahnya. 

Untuk pasaran AS, Almera/Versa dijana oleh enjin 1.6 liter berkuasa 122PS (tanbahan sebanyak 10PS) dan tork 154Nm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear manual lima kelajuan atau CVT X-Tronic yang telah dipertingkatkan. 

Antara ciri keselamatan yang ada pada Almera termasuklah pengesan pejalan kaki, Lane Departure Warning, bantuan lampu tinggi automatik, Blin-spot Warning, Rear Cross Traffic Alert dan kawalan jelajah adaptif yang termasuk dalam sistem Nissan Safety Shield 360. . 

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button