Buletin

FORD RANGER KUASAI 17.2% SEGMEN TRAK PIKAP SEPANJANG 1H 2019

Pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) hari ini mengumumkan peningkatan pegangan pasaran sebanyak 1.7 peratus bagi segmen trak pikap untuk separuh tahun pertama berbanding tahun lalu.

“Jualan Ranger meningkat dengan stabil kerana ia berjaya menarik minat ramai pelanggan yang mahukan sebuah kenderaan yang sesuai untuk kegunaan kerja dan santai, “ujar kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.

SDAC yakin momentum jualan Ford Ranger akan berterusan di Malaysia dan pihaknya sentiasa komited dalam usaha meningkatkan mutu khidmat pelanggan serta kualiti pengalaman pemilikan. 

Baru-baru ini Ford Ranger telah dinobatkan sebagai Trak Pikap Terbaik Malaysia 2019 di Frost & Sullivan Asia Pacific Best Practices Awards. Ia membuktikan bahawa Ford Ranger sememangnya menjadi penanda aras industri bagi trak pikap. 

Ranger berjaya mengatasi pencabarnya yang lain berdasarkan kriteria-kriteria seperti peningkatan pegangan pasaran, strategi pemasaran, ciri-ciri penjualan dan kelebihan yang kompetitif.

Tags
Google ads
Back to top button