Artikel Pilihan

LAGI TRAILER BAHARU FAST X KELUAR – INI MACAM VERSI JIWANG TORETTO JE

Trailer baharu Fast X muncul lagi dan kali ini ia macam mengimbau kenangan Dom dan Letty dari filem terawal. Patut diorang guna lagu-lagu rock leleh sebagai latar belakang.

Sama macam filem-filem sebelum ini, diorang dan tak peduli pasal perlumbaan haram jalanan tapi sebaliknya karier kepada perisik super ala XXX. Kali ini mereka berlawan dengan seorang penjahat yang mempunyai bola kawalan jauh gergasi. Gila bukan? Boleh pulak ada bola besar macam tu. Penjahatnya mesti korang kenal dan biasa tengok. Alah Jason Momoa yang pernah berlakon jadi lelaki aquarium tu (Aquaman).

Ada juga adegan letupan nuclear dan semestinya mana lengkap filem Fast & Furious tanpa adegan makan-makan satu keluarga. Sibuk dan penat macam mana pun mesti kena makan kan?

Dalam trailer ini juga ada babak Dom mengundur turun kereta Dodge kegemaran beliau dari pesawat terbang dan menghentam dua kereta penjahat yang berada di bawah. Sekali tengok kami ingatkan memang dari filem XXX.

Nak dijadikan cerita Fast X ni akan bersaing dengan Transformers baharu di pawagam. Kedua filem mempunyai jalan cerita yang berbeza tapi masih berkisarkan kereta. Korang akan pilih filem mana rasa-rasa?

Walaupun pada peringkat permulaan dulu kedua francais filem ni nampak biasa-biasa je tapi kini mereka sudah menjadi filem gergasi pawagam dengan kutipan USD1.8 untuk F&F dan USD1.5 billion untuk Transformers.

Keduanya memang filem merapu tapi dah namanya filem mestinya macam tu. Kalau korang nak filem yang penuh fakta sebenar, logik, masuk akal dan sebagainya baik korang tengok Gerak Khas je lah.

Google ads
Back to top button