
THE ROCK SAHKAN FAST X BUKAN EDISI TERAKHIR F&F – EH BILA MAHU HABIS DAA
Malang sekali untuk mereka yang dah menyampah dengan filem-filem Fast & Furious kerana ia tidak akan berhenti dengan Fast X. Ada kata ia filem sampah dan ada yang kata tak logik. Nak logik sangat baik layan filem Senario. Lain kali sebelum menonton baca rebiu dulu, rasa tak best jangan tonton. Senang kan?
Okey ini pula pasal Dwayne Johnson ataupun The Rock ataupun Abang Batu yang berkongsi ciapan tentang satu lagi filem yang akan menjengah pawagam sebelum penghujung siri F&F. Ooo jadi ada dua filem lagi la ni. Awat tak buat dua puluh teruih.
Ciapan Johnson itu menyatakan tentang watak Hobbs yang dilakonkan beliau akan kembali ke senario perlumbaan jalanan dan kemungkinan besar filem tersebut akan dinamakan Fast X Part II. Hahaha lepas ni Part III pulak kot? Kiranya macam filem Hobbs & Shaw la. Masih sebahagian dari francais F&F tetapi tidak melibatkan semua watak utama.
Kali ini ia lebih kepada pertembungan Dante dan Hobbs. Alah mamat Aquaman dalam Fast X tu la yang dilakonkan oleh Jason Momoa.
Okey mesti ada yang akan bertanya bukan The Rock ni bergaduh dengan Vin Diesel ke yang merupakan salah seorang watak utama dan paling berpengaruh dalam francais F&F? Siap The Rock pernah bercakap tidak akan kembali ke F&F. Well, dalam video yang dimuatnaik Johnson menegaskan yang beliau dan Diesel adalah bersaudara.
Oo kira semua tu lakonan semata-mata la kan? Alah korang tahu la gaya hidup artis ni macam mana. Kena ada isu kalau tak populariti merudum dan pengikut pun lari. Sudah juga hidup macam ni eh.
Apa pun nantikan je lah macam mana filem tu nanti. Kalau best kita puji dan kalau tak best kita kutuk habis habisan.