Buletin

TOYOTA SUPRA LEGEND FAST AND FURIOUS CATAT REKOD. DIJUAL PADA HARGA RM2.3 JUTA!!!

Jentera Toyota Supra yang pernah dipandu mendiang Paul Walker dalam filem Fast & Furious mencatat rekod apabila dijual pada harga AS$550,000 (RM2.3 juta) dalam lelongan di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS).

Firma Barrett-Jackson mengumumkan keputusan itu di Twitter selepas acara lelongan dibuat selama tiga hari bermula 17 Jun lalu.

Bagaimanapun, identiti pembeli jentera ikonik Jepun itu tidak didedahkan.

Toyota Supra keluaran 1994 berwarna oren (Candy Orange) sama seperti Lamborghini Diablo itu pernah membuat penampilan dalam Fast & Furious dan 2 Fast and 2 Furious.

Kereta terkenal itu mendapat sentuhan modifikasi Eddie Paul dari The Shark Shop di El Segundo California pada bahagian luaran dan dalaman.

Ia dilengkapi body kit termasuk spoiler hadapan dan skirt sisi dari Bomex, hud dengan gaya TRD, wing belakang APR dan rim 19 inci lima spoke.

Jentera legend tersebut mendapat khidmat enjin turbocharge 3.0 liter dipadankan transmisi automatik empat kelajuan.

Pada tahun 2015, firma lelongan terkemuka, Mecum telah melelong Supra berlainan daripada filem aksi berkenaan pada harga AS$185,000 (RM 765,678) –carscoops

Google ads
Back to top button