Artikel Pilihan

KENAPA FILEM FAST&FURIOUS TIDAK LAGI BERLATARBELAKANGKAN PERLUMBAAN? KENAPA PERLU KE ANGKASA LEPAS?

Pada tahun 2001, terdapat satu filem baru yang dilancarkan dan pada mulanya kebanyakan pemerhati di Hollywood menjangkakan filem ini akan menjadi hambar. Filem Fast&Furious ini dibintangi oleh pelakon baru tidak ternama, menggunakan kereta buatan Jepun dan perlu bersaing dengan banyak filem berkisarkan kereta yang telah dikeluarkan

Namun jangkaan ini meleset apabila filem Fast&Furios berjaya dan dihasilkan sebanyak 9 sekuel dan menjadi lubuk duit untuk Universal Studio. Tapi jika anda perasan, latar belakang filem ini telah berubah sepenuhnya dan bukan lagi berkisar tentang perlumbaan jalanan

Adakah filem Fast&Furious ini sudah lupa daratan dan perlu bersaing dengan filem genre perisikan seperti James Bond ataupun Starwars? Namun menurut Craig Lieberman, Pengarah Teknikal bagi 3 sekuel pertama Fast&Furious memang ada sebab kenapa filem ini tidak lagi menggunakan tema perlumbaan jalanan sebagai jalan cerita.

Sebagai Pengarah Teknikal, Craig telah menghasilkan banyak video di Youtube bagi menerangkan pelbagai topik berkenaan filem ini. Craig pada asalnya adalah editor majalah permotoran Super Street Megazine dan juga sebagai Presiden National Import Racing Association. Pendek kata mamat ini adalah nerd kereta.

Menurut Craig, apabila Fast&Furious menggunakan tema perlumbaan jalanan, jumlah penonton adalah kecil dan mengurangkan kebarangkalian penonton untuk datang ke panggung wayang. 3 filem pertama yang berkisarkan perlumbaan The Fast & The Furious, 2 Fast 2 Furious, dan Tokyo Drift menerima sambutan yang suam suam kuku sahaja.

Malah Craig menunjukkan kutipan filem seperti The Fast & The Furious dan Tokyo Drift merupakan filem yang mendapat kutipan filem paling rendah. Manakala filem lain yang menggunakan senjata, letupan, jenayah dan mengurangkan perlumbaan mendapat kutipan billion dollar secara global

Disebabkan data statistik ini lebih meyakinkan pelabur, maka filem Fast&Furious telah berubah menjadi filem aksi dan bukannya filem perlumbaan biasa semata-mata. Menurut Craig, satu lagi saingan Universal Studio ialah saluran Youtube dimana penonton boleh memilih mana-mana saluran yang bertemakan automotif yang sesuai dengan mereka

Jadi anda sudah tahu jawapannya kenapa filem ini menjadi filem aksi dan bukannya lagi filem perlumbaan jalananan semata-mata. Bak kata mat saleh, “money talks”. Jika anda menjadi pelabur, anda pun pasti mahukan sebuah filem yang menguntungkan poket anda.

Google ads
Back to top button