Buletin

YAMAHA MOTOR LANCAR YAMAHA Y16ZR DOXOU 2023 – HARGA BERMULA RM11.8K

Hong Leong Yamaha Motor baru-baru ini melancarkan Yamaha Y16ZR edisi Doxou ‘Tech Art’ dengan hanya 5,000 unit tersedia untuk pasaran tempatan.

Didatangkan bersama teknologi termaju serta reka bentuk yang inovatif, Yamaha Y16ZR edisi Doxou menampilkan estetika serba canggih dan avant-garde.

Model baharu ini diserlahkan dengan liveri moden termasuk gabungan warna cyan serta rim berwarna biru bagi memberikan rupa lebih sporty.

Selain itu, pemilik baru turut menerima sports fender edisi terhad, nombor dan sijil khas sebagai penghargaan kepada pelanggan.

Yamaha Y16ZR edisi Doxou dijana oleh enjin 155cc, 4 lejang, SOHC, sejukan cecair, VVA dengan transmisi enam kelajuan klac, berupaya menghasilkan 17.7hp dan tork pada 14.4Nm.  

Untuk harga, jentera ini boleh dimiliki pada harga RM11,818.00 tidak termasuk yuran pendaftaran dan perlindungan insurans.

GALERI:

Google ads
Back to top button