,
Buletin

PADA 2001 HONDA INTEGRA iS DIPERKENAL (BUKAN TYPE R)

Di antara Honda Civic ‘biasa’ dan Civic Type R, terlalu jauh jurang yang ditinggalkan. Jurang itu mempunyai pelanggan yang mahukan sesuatu berbeza daripada Civic biasa tetapi tidak mahu hardcore seperti Civic Type R.

Di Amerika Syarikat, jurang itu dirapatkan dengan Civic Si Coupé. Model coupé sudah jarang ditawarkan oleh pengeluar dan Honda berani melabur di AS kerana pasarannya yang besar.

Sebelum ini Honda mempunyai model coupé khusus yang dikenali sebagai Integra. Meskipun pasaran tidak meluas, rakyat tempatan boleh menikmatinya melalui unit recond yang dibawa dari Jepun.

Integra yang selalu disebut-sebut semestinya Type R, model berprestasi dengan kuasa 220PS dan 206Nm dari enjin 2.0L DOHC i-VTEC.

Selain Type R, Honda mempunyai sebuah lagi varian yang dikenali sebagai Integra iS. Varian ini turut sama berada di pengedar Honda di Jepun pada 2  Julai 2001.

Berbeza dengan Type R, Integra iS dibangunkan untuk praktikaliti harian dan dibekalkan enjin 2.0L DOHC i-VTEC berkuasa 160PS dan 190Nm.

Jika Type R hanya ditawarkan dengan transmisi enam kelajuan manual, pembeli Integra iS mempunyai dua pilihan iaitu lima kelajuan manual dan lima kelajuan automatik.

Bahagian luar tampil ringkas tanpa lips bampar depan dan belakang serta tanpa spoiler tinggi yang merupakan identiti Type R. Cuma nampak meriah pada bahagian atas yang mempunyai pilihan bumbung suria.

Bahagian dalaman pula bersahaja tanpa karpet berwarna merah dan biru seperti Type R. Kerusi Recaro pada Type R digantikan dengan kerusi sport yang juga tidak kurang menariknya.

Satu perkara menarik tentang Integra Type R ialah tahap hardcore begitu tinggi sehingga pembeli dibenarkan memilih unit tanpa penyaman udara, tayar ganti dan set kecemasan pembaikan bocor.

Untuk perlindungan, Honda membekalkan Integra iS dengan dua beg udara pada pemandu dan penumpang sisi.

Satu lagi keistimewaan Integra iS ialah harga yang jauh lebih rendah berbanding Type R. Model manual dijual pada harga permulaan 1.74 juta yen dan 1.87 yen untuk automatik manakala Type R pula bermula dari 2.379 juta yen.

BACA: PADA 2001, HONDA PERKENAL INTEGRA TYPE R TERAKHIR DALAM SEJARAH

BACA: HONDA BS-VI ACTIVA 6G, DARI RM3.6K SAHAJA DI INDIA

BACA: HONDA STEPWGN 2020, ALTERNATIF KEPADA ODYSSEY

Kredit foto: Honda

Tags
Google ads
Back to top button