Artikel Pilihan

INI 6 KERETA YANG PALING MERIANGKAN DI DUNIA!

Apakah formula kereta yang meriangkan pada pandangan pembaca? Pada hemat penulis kereta tersebut mestilah manual, ringan, enjin yang biasa tapi tidak memprotes bila diperah, bunyi enjin yang garang, pengendalian yang mayakinkan dan brek yang boleh diharap. Dalam arena automotif tempatan, ada 2 kereta yang memenuhi kriteria di atas iaitu Proton Satria GTi 1.8 dan juga Perodua Kelisa.

Namun untuk zaman sekarang terdapat beberapa kereta yang masih dibina untuk menzahirkan sifat kanak-kanak riang dalam diri anda. Kesemua kereta ini dibina atas sifir yang mudah. Cesi ringan dan digandingkan dengan enjin yang boleh diperah. Apabila kedua dua faktor ini digandingkan, nisbah kuasa enjin dengan berat cesi akan menjadi tinggi.

Mat saleh sebut power to weight ratio inilah yang menjadikan kereta legenda seperti AE86, Suzuki Cappucino, Mazda Miata, Civic EK9, Subaru GC8, dan Honda S2000. Jadi kami senaraikan di sini beberapa kereta yang boleh membuatkan anda tersenyum dari telinga kiri ke telinga kanan. Ia direka agar memberikan kepuasan pemanduan dan keseronokan pada pemandu.

  1. Mazda MX-5

Mazda MX-5 RF merupakan usaha Mazda bagi melahirkan semula kereta sport 2 pintu yang sinonim dengan budaya automotif British dan keboleharapan sebuah jentera dari Jepun. Konfigurasinya juga mudah, enjin di depan dan pacuan roda belakang. Berat keseluruhan kereta hanyalah sekitar 1112kg sahaja. Ia menggunakan transmisi SkyActiv Drive 6 kelajuan

Enjin 2000cc SkyActiv DOHC menghasilkan 181 kuasa kuda pada 7000 RPM dan tork maksima 205Nm pada 4000 RPM. Ini menjadikan nisbah kuasa enjin kepada berat sekitar 162 kuasa kuda bagi setiap tan (1000kg). Suspensi depan menggunakan sistem double wishbone dan suspensi belakang menggunakan multi-link. Cuma harga dia keras sikit, RM 222K bagi pasaran Malaysia

2. Abarth 595

Abarth 595 merupakan salah satu cabang kereta prestasi yang menala kereta buatan Fiat. Kereta comel 2 pintu ini dikuasakan dengan enjin 1400cc turbo-jet yang menghasilkan 180 kuasa kuda pada 5500 RPM dengan bantuan turbo dari jenama Garret. Tork maksima 250Nm hadir pada 2500 RPM. Abarth menggunakan transmisi 5 kelajuan manual.

Malah kereta ini lebih ringan dengan berat sekitar 1035kg sahaja menjadikan nisbah kuasa kepada berat sekitar 135 kuasa kuda bagi setiap tan. Kereta ini menghantar semua kuasa enjin pada tayar depan dan mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 7.6 saat. Kecik-kecil cili padi juga ye.

3. VW UP GTi

Mazda CX30

Perkataan GTi merupakan satu tanda dagangan yang telah dimiliki oleh Volkswagen bermula dengan Golf. Tapi disebabkan Golf semakin lama semakin besar dan berat, ia perlukan adik yang lebih kecil dari Polo bagi mengisi kekosngan tang ditinggalkan dalam segmen A. Maka lahirlah model VW UP GTi dengan formula yang sama Golf dahulu.

Saiz, kuasa enjin dan prestasi yang sama dengan Golf GTi Mark 1. Ia menggunakan enjin 3 silinder dengan turbo menghasilkan 113 kuasa kuda pada 5500 RPM. Tork maksima 200 Nm pula hadir pada 2000-3500 RPM. Kuasa enjin dihantar ke roda depan dengan menggunakan transmisi 6 kelajuan manual. Pecutan 0-100km/j mengambil masa 9 saat. Nisbah kuasa kepada berat pula pada 118 kuasa kuda bagi setiap tan.

4. Toyota GT 86 / Subaru BRZ

Ia merupakan kerjasama antara 2 pembuat kereta di Jepun. Toyota ada duit berkoyan-koyan dan Subaru ada kepakaran. Apabila mereka bergabung lahirlah Toyota GT 86 bagi meneruskan legasi AE 86. Nisbah lejang dan diameter piston kekal pada 86mm menjadikan enjin boxer kereta ini bernilai square (nisbah 1:1).

Kuasa enjin dihantar ke roda belakang menerusi transmisi 6 kelajuan manual. Enjin 2000cc kekal tanpa turbo yang menghasilkan 197 kuasa kuda pada 7000 RPM dan tork maksima 205Nm pada 6400 RPM. Kereta ini bukanlah dicipata untuk dibawa laju seperti budak sekolah baru dapat lesen di lebuh raya, tapi untuk dibawa berseronok di laluan selekoh sambil mengasah kemahiran heel and toe anda.

Nisbah kuasa kepada berat enjin berada pada 154 kuasa kuda bagi setiap tan. Sistem suspensi depan diserahkan pada topang McPherson pada roda depan dan double wishbone pada roda belakang. Malah sesetengah pakar mendakwa Toyota sengaja menggunakan tayar kurang lebar di gandar belakang bagi memudahkan tuan kereta melakukan drift ketika menghantar tofu.

5. ALPINE A110

Ia dihasilkan oleh satu syarikat yang tidak terkenal pun. Namun ia telah dipamerkan di pameran automotif di Geneva pada tahun 2017. Enjin 1800cc TCe M5P 4 silinder dengan turbo menghasilkan 249 kuasa kuda dan 320Nm tork. Kereta ini istimewa tuan sebab enjin diletakkan di belakang pemandu menjadikannya sebagai konfigurasi MR.

Middle Engine – Rear Wheel Drive di mana kesemua kuasa disalurkan pada roda belakang. Namun yang pelik sedikit kereta ini menggunakan transmisi klac berkembar 7 kelajuan.

Namun berat kereta ini masih lagi ringan pada 1114kg menjadikan nisbah kuasa pada berat 223 kuasa kuda bagi setiap tan. Cesi yang ringan menjadikan kereta ini sedap dihumban dalam selekoh tanpa ragu ragu dan anda boleh abaikan segala hukum fizik apabila bermain dengan Alpine A110.

6. Suzuki Swift Sport

Model terdahulu dikuasakan dengan enjin 1600cc telah digantikan dengan enjin 4 silinder 1400cc Bossterjet. Defisit saiz enjin telah digantikan dengan sistem turbo bagi menghasilkan 138 kuasa kuda pada 5500 RPM dan tork maksima 230Nm seawal 2300 RPM. Dengan hanya seberat 970kg, nisbah kuasa pada berat adalah 142 kuasa kuda per tan.

Kesemua kuasa dihantar ke tayar depan melalui transmisi manual 6 kelajuan. Ia mampu memcut dari 0-100km/h dalam masa 8 saat dan mencapai halaju maksima 205km/h. Sama seperti VW UP GTi, ia menggunakan topang McPherson pada gandar depan dan torsion beam pada roda belakang.

Tags
Google ads
Back to top button