Buletin

PDRM KESAN TAKTIK TERKINI PENJENAYAH. PURA-PURA MOTOSIKAL ROSAK SEBELUM SAMUN

Ini pesanan yang kami ambil daripada laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) untuk ingatan bersama. 

Jika anda memandu kenderaan secara berseorangan atau bersama keluarga di kawasan sunyi, pastikan anda telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak daripada menjadi sasaran penjenayah.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan taktik terkini yang digunakan oleh penjenayah dengan berpura-pura mengalami kerosakan motosikal sebelum melakukan samun ke atas mangsa yang berniat hendak membantunya.

Ikuti modus operandi penjenayah tersebut dan nasihat daripada pihak polis untuk mengelakkan anda menjadi mangsa seterusnya:

1. Penjenayah akan berpura-pura memerlukan bantuan kononnya motosikal mengalami kerosakan atau kehabisan petrol di bahu jalan untuk menarik perhatian mangsa agar menghulurkan bantuan.

2. Mangsa yang bersimpati akan menghentikan kereta dan turun membantu bagi memudahkan urusan yang dihadapi. 

3. Penjenayah akan menggunakan kesempatan itu untuk mengacukan senjata berbahaya seperti parang bagi menakutkan dan merampas barang berharga milik mangsa sebelum melarikan diri. 

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada sebelum menghulurkan bantuan terutama di tempat yang sunyi. Perhatikan dahulu gerak geri dan kelakuan individu berkenaan dan jika mencurigakan, batalkan niat anda untuk membantu.

Semoga perkongsian bermanfaat. Sama-sama kita jaga keselamatan diri dan keluarga. 

Google ads
Back to top button