Buletin

29 KERETA JDM MILIK PENJENAYAH DILELONG

SHARE

Sebanyak 29 unit kereta JDM yang dirampas oleh pihak U.S Marshals kini dilelong oleh firma lelongan Apple Auctioning.

Kereta-kereta itu milik Kong Meng Vang,34, seorang ahli perniagaan yang sebelum ini memilki sebuah kedai dyno popular. Tetapi, pada Ogos tahun lalu, Vang mengaku bersalah atas dakwaan melakukan konspirasi dadah dan penggubahan wang haram.

Tuduhan itu dibuat di mahkamah persekutuan Tulsa selepas pihak berkuasa yang menahan Vang menjumpai 680kg majuana yang ditanam di bahagian belakang kediamannya.

Vang berdepan kemungkinan hukuman penjara sehingga 40 tahun dan keretanya dirampas. Ini sememangnya berita buruk untuk Vang, tetapi mungkin menjadi berita baik bagi peminat kereta di Amerika Syarikat (AS).

Koleksi kereta JDM

Koleksi kereta Vang terdiri daripada banyak model berprestasi tinggi dan sebahagiannya tidak boleh didaftarkan untuk kegunaan di atas jalan raya di AS.  

Antara model paling bernilai ialah Nissan Skyline R34 GTR tahun 1999 yang mencatat perbatuan sejauh 74,125km. Setakat ini, ia sudah menerima 43 bidaan dengan yang tertinggi ialah AS$60,125 (RM224,000)

Kereta-kereta menarik yang turut dirampas ialah Mitsubishi Lancer Evo VI Tommi Makinen Edition buatan tahun 2000. Tidak ketinggalan Mitsubishi Lancer Evo III tahun 1995, Honda Integra Type R (1996), Mazda RX-7 Turbo (1996), Subaru Impreza WRX STI Type R (1998), Toyota Supra Turbo (1991), Nissan GT-R (2009), Acura NSX (1991) dan Datsun 240Z (1972) yang telah ditukar dengan enjin V8 untuk perlumbaan drag.

Bidaan akan dibuat sehingga 1 April 2019.

Tags
Google ads
Back to top button