Artikel Pilihan

SEGALANYA TENTANG HONDA STEPWGN. HARGA TAK MAHAL, REKAAN PUN CUN

Honda sebenarnya banyak kenderaan MPV, tapi yang masuk biasanya samaada terlalu mahal seperti Honda Odyssey ataupun crossover 7 tempat duduk yang agak kecil dengan saiz enjin yang kecil seperti BRV. Hanya Nissan sahaja yang berani memasarkan Nissan Serena terus dari pusat jualan mereka

Bukan Serena tak lawa, bukan Ezora tak mampu milik atau Innova tak cun tapi kalau semua kawan-kawan dan jiran-jiran pakai model sama pun tak best jugak. Apa kata kita cari model lain sikit macam Honda Stpwgn. Haa anda pun mungkin kali pertama dengar pasal model ini kan. Mari kami cerita sikit pasal Honda Stpwgn ini.

1. Honda Stepwgn ini sebenarnya dah lama dibuat, sejak dari tahun 1995 lagi dengan nama Honda FMX dengan rekaan cesi lantai yang rendah, bumbung yang tinggi dan boleh memuatkan sehingga 8 penumpang dalam satu masa. Generasi yang dijual sekarang ini merupakan generasi ke 4 yang telah dinaiktaraf pada bulan Januari 2020.

2. Ia dikuasakan dengan enjin 1500cc turbo VTEC yang menghasilkan 148 kuasa kuda dan 203Nm tork. Enjin ini dipadankan dengan transmisi CVT namun bagi pasaran Jepun ia ditawarkan dalam 2 varian iaitu pacuan 2 roda depan atau pacuan semua roda

3. Penggunaan petrol bagi varian FF ialah sekitar 13.6km/l dan bagi varian AWD ia mencatatkan bacaan sekitar 13km/l. Ok la untuk sebuah MPV 7/8 tempat duduk dengan berat maksima sehingga mencecah 1630kg.

4. Tapi jika anda berminat, anda boleh memilih Honda Stepwgn e:HV yang datang dengan sistemn 2 motor hibrid dan enjin 2000cc iVTEC sebagai pembekal tenaga. Gabungan sistem ini menghasilkan 181 kuasa kuda dan 315Nm tork. Penggunaan bahan api ialah sekitar 20km bagi setiap liter petrol

5. Saiz Honda Stepwgn telah direka agar ia tidak dikenakan cukai yang mahal di Jepun dengan panjang keseluruhan ialah 4760mm, lebar 1695mm dan tinggi 1840mm. Ini menjadikan ruang dalamannya sangat luas

6. Bahagian dalaman Honda Stepwgn direka bagi ruang yang maksimum dengan 3220mm panjang, 1500mm lebar, dan 1450mm tinggi. Bagi varian 7 tempat duduk, susunan kusyen 2-2-3 memastikan penumpang boleh berjalan di dalam kabin dengan senang.

7. Kusyen barisan ketiga boleh ditanam di dalam lantai kereta bagi menghasilkan ruang kargo yang maksima. Kusyen barisan belakang direka dengan kaeda 60:40 jadi tiada masalah bagi anda untuk melipat separuh sahaja kusyen dan separuh lagi digunakan untuk penumpang

8. Honda Stepwgn direka dengan fungsi Waku-Waku Gate dimana pintu belakang ini boleh dibuka dengan 2 cari samaada dari sisi (dibuka dengan 3 langkah) atau dibuka sepenuhnya secara vertikal. Ini membolehkan pintu ini dibuka di ruang sempit dengan mudah. Jika satu kusyen disimpan, penumpang barisan ke 3 boleh menggunakannya dengan mudah

9. Pintu ini dibuka dari sisi dengan 3 bukaan iaitu 350mm, 640mm atau bukaan penuh 830mm. Jika dibuka secara konvensional ia memiliki bukaan 1270mm tinggi dan 1180mm lebar. Kalau satu kusyen dilipat di belakang, senang-senang je anda boleh masukkan kereta sorong bayi tanpa perlu melipat

10. Honda Stepwgn juga dilengkapi dengan ciri Honda Sensing yang merangkumi amaran pra-perlanggaran, brek pra perlanggaran, sistem pemanduan penjelajahan adaptif, Lane Keeping Assist System, Vehicle Stability Assist, Hill Start Assist dan juga cermin khas untuk pemandu melihat pada bahagian depan kiri

11. Jika pesaing lain hanya dilengkapi dengan 6 beg udara, Honda Stepwgn menyediakan 8 beg udara dengan 2 beg udara sisi bagi bahagian penumpang barisan ke 3. 2 cagak ISOFIX disediakan pada kusyen barisan kedua

12. Kalau anda berminat dengan Honda Stepwgn, anda hany boleh membeli dari unit terpakai atau CBU dari Jepun sahaja. Harga yang ditawarkan ialah antara RM 130,00 ke RM 160,000 bergantung pada spesifikasi, varian dan juga tahun dihasilkan

Google ads
Back to top button