Buletin

LAMBORGHINI BUKA AKAUN TIKTOK. MAHU TARIK MINAT GOLONGAN MILLENNIAL

Automobili Lamborghini baru-baru ini mengumumkan bahawa ia menjadi pengeluar kereta sport mewah pertama di dunia yang menyertai dunia TikTok menerusi akaun  @lamborghiniofficial (https://vm.tiktok.com/ZSXNTMDB/). 

Laman sosial itu akan digunakan untuk berkongi kandungan video pendek, disasarkan kepada generasi Z dan millennial.

Lamborghini yang menyifatkan strategi media sosialnya sangat berjaya menyatakan pihaknya kini mahu berhubung dengan golongan muda melalui saluran yang luar biasa, menarik dan lebih menghiburkan.  

Reka bentuk dan penghasilan kandungan akan terdiri daripada sumbangan pencipta-pencipta lain. Saluran TikTok Lamborghini juga akan menjadi tempat di mana orang muda boleh mengetahui tentang jenama ini dengan cara lebih menyeronokkan. 

Video pertama Lamborghini di TikTok nyata tidak mengecewakan apabila mencatat tontonan sebanyak 3 juta dalam satu minggu sahaja. 

Buat masa sekarang, Instagram menjadi saluran sosial media paling berjaya Lamborghini dengan 28 juta pengikut. Facebook Lamborghini mengumpul seramai 12.9 juta, manakala saluran YouTube pula mempunyai 1.6 juta pelanggan. 

Google ads
Back to top button