Buletin

PEMANDU DIPERCAYAI MABUK MAUT. MYVI BERTEMBUNG DENGAN LORI

Seorang lelaki berusia 25 tahun yang dipercayai mabuk meninggal dunia dalam satu kemalangan.

Dia dikatakan memandu melawan arus di Lebuhraya ELITE menuju ke New Klang Valley Expressway (NKVE) ke arah Subang pada jam 2.30 pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Supt Azman Shariat memberitahu mangsa yang berasal dari Triang, Pahang mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian selepas Perodua Myvi yang dipandunya berlanggar dengan sebuah lori di laluan sama.   

Pemandu lori berusia 45 tahun yang dalam perjalanan ke Pulau Pinang dari Johor tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa dipercayai telah mengambil minuman beralkohol berdasarkan kepada bau alhokol yang kuat padanya ketika siasatan dibuat,” kata Azman dalam satu kenyataan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk tujuan bedah siasat. Sampel darahnya akan diambil untuk ujian dadah dan alkohol.

Kes disiasat di bawah Seksyen Section 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya. – Bernama

Google ads
Back to top button