Artikel Pilihan

INI SEBAB KENAPA PEMANDU MABUK TIDAK DIKENAKAN HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI

Kemalangan jalan raya termasuk yang menyebabkan kematian dan kes bunuh merupakan dua kes berlainan, tidak boleh dikenakan hukuman yang sama iaitu gantung sampai mati.

Hal ini kerana kes-kes kemalangan jalan raya yang melibatkan kecederaan parah, ringan atau maut dikategorikan sebagai kes ‘quasi criminal’.

Pegawai Turus Kes Profil Tinggi & Kajian Kes, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Asisten Superintendan Rozlim Che Ali berkata, kes ‘quasi criminal’ hanya memadai dibuktikan dengan tindakan.

Berbeza pula dengan kes bunuh kerana terdapat dua perkara yang perlu dibuktikan iaitu niat serta tindakan.

Menurut beliau, kes bunuh yang dapat dibuktikan niat pelaku serta tindakannya, baru boleh dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabit kesalahan.

Dalam kes kemalangan pula, sukar untuk membuktikan niat seseorang itu walaupun tindakannya mendatangkan kematian.

Beliau berkata demikian dalam satu wacana ketika disoal mengapa pemandu mabuk yang menyebabkan kematian kepada orang lain tidak dikenakan hukuman gantung sampai mati seperti pesalah kes bunuh.

Rozlim berkata, dalam kes-kes kemalangan polis hanya mengambil tindakan apa yang dilakukan pemandu tersebut.

Jika boleh disabitkan sebagai punca kemalangan yang menyebabkan kematian kepada orang lain, ia sudah cukup untuk menuduh pelaku tersebut di mahkamah.

Wacana yang dimoderatorkan oleh Amin Idris itu turut menampilkan dua lagi panelis iaitu Pengarah Pusat Penyelidikan Perubahan Tingkah Laku Pengguna Jalan Raya Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dr Low Suet Fin dan Ahli Majlis Keselamatan Jalan Raya (MJKR) Kebangsaan, Profesor Madya Dr Kulanthayan Kc Mani.

Sumber- Sinar harian

Tags
Google ads
Back to top button