Buletin

PEMANDU MABUK PARAH REMPUH TEMBOK MASJID

Seorang lelaki yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk cedera parah selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh pagar Masjid Jamek Tengah Berapit di Jalan Berapit di sini, awal pagi semalam

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Shafee Abd Samad, dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, lelaki berusia 23 tahun tersebut memandu bersendirian dan siasatan awal mendapati lelaki itu memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Kemalangan berlaku di laluan lurus dan pemandu di percayai hilang kawalan sebelum terbabas serta merempuh pagar masjid itu,” kata Shafee ketika dihubungi.

Pemandu yang cedera parah dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan lanjut.

Shafee berkata ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki yang tinggal di Kampung Aston Road itu negatif daripada penggunaan dadah dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama  kredit foto: BH

Tags
Google ads
Back to top button