Buletin

PADA 1969 NISSAN SKYLINE 2000GT-R DIPERKENAL, 4 PINTU SEBELUM 2 PINTU

Nissan Skyline dengan peminat kereta memang sukar untuk dipisahkan. Banyak boleh diceritakan mengenai model ini namun apa yang penting dan terpahat dalam sejarah ialah Nissan Skyline 2000GT-R (PGC10) diperkenal pada Februari 1969.

Kenapa empat pintu? Model ini sememangnya bermula sebagai sedan dan pada masa yang sama hebat di litar lumba.

Skyline 2000GT-R menggunakan teknologi perlumbaan yang dilahirkan daripada input Nissan (Prince) R380, sebuah prototaip kereta lumba seperti enjin DOHC empat injap dan suspensi bebas pada keempat-empat roda.

Prince R380

Nissan menggabungkan teknologi terbaik dan mengeluarkan Skyline 2000GT-R pada Februari 1969 selepas bergabung dengan Prince Motors, Ltd.

GT-R adalah sebuah kereta berprestasi yang dikeluarkan untuk perlumbaan kereta sedan atau penumpang (touring car).

Pengetahuan daripada kereta lumba prototaip R380 diterjemahkan pada kereta sedan yang nampak biasa.

Ia menggunakan enjin 2.0 liter DOHC enam silinder sebaris yang direkayasa semula (re-engineered) daripada R380 supaya sesuai diguna untuk kereta produksi.

Nissan R380

Skyline 2000GT-R menunjukkan taringnya apabila memenangi perlumbaan TS-b semasa JAF Grand Prix pada Mei 1969, tiga bulan selepas model itu diperkenalkan.

Pada perlumbaan Grand Prix Jepun yang berlangsung pada bulan Oktober tahun sama, Skyline GT-R mencatatkan kemenangan ketujuh dan kali ini menggunakan teknologi baharu iaitu sistem pancitan bahan api.

Kuasa meningkat kepada 230PS pada 8,400 rpm dan memberikan Skyline GT-R lebih keistimewaan semasa bersaing di litar.

Dengan kehebatan Skyline 2000GT-R sedan yang dicatatkan bilakah sebuah lagi legenda iaitu GT-R dua pintu (KPGC10) diperkenal?

Pada Mac 1971 semasa All Japan Suzuka Automobile Race.

Kemenangan bersejarah iaitu ke-50 hadir pada 20 Mac 1972 pada pusingan pertama Fuji GC Series – Fuji 300km Speed Race.

Disebabkan angin yang kuat dan hujan, perlumbaan disingkatkan daripada 20 kepada 12 pusingan.

Skyline GT-R dengan nombor 12 yang dipandu oleh K. Takahashi melintasi bendera penamat seterusnya mencipta sejarah buat model ikonik itu.

Dalam masa tiga tahun, Skyline GT-R memenangi 52 perlumbaan kereta penumpang domestik di Jepun.

Seperti yang boleh disaksikan sekarang, Nissan Skyline GT-R atau kini dijenamakan sebagai Nissan GT-R terus terpahat di dalam sejarah model ikonik dunia.

Nissan GT-R 50th Anniversary Edition

Spesifikasi Nissan Skyline GT-R2000 (PGC10):

  • Ukuran: 4,395mm (P) 1,610mm (L) 1,385mm (T)
  • Jarak roda: 2,640mm
  • Berat (curb weight): 1,120kg
  • Enjin: S20 1,989 cc, enam silinder sebaris, DOHC, empat injap
  • Kuasa maksimum: 118kW (160PS)/7,000rpm dan 177Nm (18.0kgm)/5,600rpm
  • Suspensi: Bebas. Strut (depan) Semi-trailing arm(belakang)
  • Brek: Cakera (depan) Gelendong (belakang)
  • Tayar: 6.45H-14-4PR

BACA: INI AYAHANDA GT-R50, NISSAN SKYLINE 2000 GT-R 1972

BACA: PADA 2001 NISSAN SKYLINE V35 DIPERKENAL, SEDAN KEMBALI!

BACA: NISSAN GT-R PREMIUM EDITION RASMI DIJUAL DI THAILAND – GODZILLA INI BERHARGA RM1.69 JUTA

Kredit foto: Nissan

Google ads
Back to top button