Artikel PilihanBuletin

MUZIUM AUTO ILLINOIS BERTEGAS MAHU KEKALKAN “GENERAL LEE” SEBAGAIMANA ASAL

Pada masa sekarang segala jenis bendera, tugu dan semua memorial lain berkaitan dengan Confederacy ataupun persekutuan di AS sedang dihapuskan  tapi ada sebuah kereta dengan lambang Confederacy masih kekal di muzium automotif Illinois.

Menurut sumber, Dodge Charger tersebut merupakan props asal siri terakhir rancangan television “The Duke of Hazzard” akan terus kekal dipamerkan di muzium tersebut dalam keadaan asal. Ia juga dikenali dengan nama “General Lee”.

Bagi yang buta sejarah tu Confederacy merujuk kepada perikatan 11 buah negeri yang cuba keluar dari kerajaan pusat Amerika Syarikat yang membawa kepada perang saudara atau pun Civil War satu ketika dahulu. Ia merupakan satu titik hitam dalam sejarah AS yang ingin mereka lupakan.

Menurut pengarah Volo Auto Museum, Brian Grams, General Lee merupakan sebahagian daripada sejarah dan ramai pengunjung yang menyukainya. Malah semua pengunjung tidak mengira bangsa mahu pun warga negara semua masih ingat dengan siri TV tersebut dan sedikit pun tidak tersinggung dengan lambang Confederacy yang ada pada bahagian bumbungnya. Ia merupakan sebahagian daripada sejarah dan tambahan pula ia sebuah muzium.

General Lee mula dipamerkan di muzium tersebut sejak 2005 dan walaupun seluruh negara sedang panas dengan trend membuang symbol Confederacy, pihak muzium setakat ini masih belum menerima apa-apa komplen dari orang ramai.

Malah ramai yang memberikan komen positif agar kereta tersebut dikekalkan sebagaimana asal. Sokongan turut diberikan oleh jutaan peminat NASCAR yang rata-ratanya memang peminat Dodge Charger popular ini. Tapi siapa mungkin satu hari nanti ada kaki komplen yang sibuk nak komplen itu ini.

Tapi bagi yang pernah menonton siri tersebut dan pernah dikeluarkan dalam versi filem pun, ianya memang bermotifkan komedi dan langsung tidak bersifat perkauman. Tak payah la serius sangat kan?

Selain General Lee, muzium tersebut juga turut mempunyai koleksi kereta-kereta popular dari siri TV dan filem lain antaranya termasuklah Family Truckster dari filem National Lampoon dan Ford GT40 1966 yang baharu sahaja muncul dalam filem “Ford vs Ferrari” tahun lepas.

Google ads
Back to top button