Artikel Pilihan

LAPORAN TUNJUKKAN EMISI KENDERAAN TIDAK BERUBAH SEJAK 12 TAHUN LEPAS – KITA DAH KENA SCAM KE?

Agensi audit kepada kesatuan Eropah (EU), European Court of Auditors (ECA) telah mengeluarkan statistic menggemparkan tentang kadar emisi kenderaan. Ia menunjukkan kenderaan penumpang di jalan-jalan raya EU masih mengeluarkan kadar CO² yang sama seperti 12 tahun lepas.

Ini bermakna dalam persekitaran sebenar keluaran gas beracun dari ekzos kenderaan tidak berkurangan walaupun dengan kemajuan teknologi, penurunan saiz enjin dan kenaikan populariti EV.

Pietro Russo, ahli ECA yang bertanggungjawab untuk bahagian audit menyatakan EU perlu mempunyai kadar penurunan kadar emisi jika ingin menjadi pendahulu dunia permotoran mesra alam. Beliau seterusnya menyatakan yang angka ini tidak akan berubah sekiranya kenderaan dengan enjin ICE masih wujud namun pada masa yang sama proses elektrifikasi kenderaan EV sedang berlaku di EU.

Menurut ECA lagi EV memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan sasaran emisi-sifar EU tapi mereka memerlukan sokongan lebih giat pengeluar kenderaan. Pengeluar juga disaran agar memperbanyakkan lagi model-model EV untuk pilihan pengguna.

Kenderaan dengan enjin ICE masih lagi menyumbang kepada 75 peratus jualan kenderaan baharu di Eropah. Pencemaran dari enjin disel masih berada pada tahap sama tapi untuk kereta berkuasa petrol ia telah menurun sebanyak 4.6 peratus. Kenapa ianya masih berlaku sedangkan pembakaran enjin moden telah menjadi semakin efisyen?

Jawapannya menurut ECA ialah kenaikan berat kenderaan (sekitar 10 peratus lebih berat) dan enjin baru yang lebih berkuasa (purata kenaikan kuasa sebanyak 25 peratus). Betul ke ni? Entah la labu.

Malah kenderaan hibrid sekali pun tidak membantu dari segi mengurangkan emisi gas berbahaya dari kenderaan. Emisi kenderaan hibrid di dunia sebenar adalah lebih tinggi dari yang direkodkan ketika peringkat ujian. Bagi mengatasinya, EU akan membuat pelarasan semula kegunaan elektrik dan enjin ICE bermula 2025.

Menurut juruaudit ECA lagi, kenderaan seperti Tesla Model Y adalah faktor penting bagi mengurangkan keluaran CO² di jalan-jalan raya. Macam bias pulak siap bagi contoh model sebenar.

Lebih menarik bila satu lagi kajian menyebut kenderaan EV menyumbang kepada pencemaran baharu melalui emisi dari tayar mereka kerana rata-rata mempunyai berat yang melebihi kenderaan ICE.

Namun ECA sendiri sedar yang ramai pengguna masih kekal menggunakan kenderaan ICE disebabkan faktor kos. Ingat semua orang mampu ke nak beli kenderaan EV? Kancil terpakai pun tak semua orang mampu beli bai.

Google ads
Back to top button