Motosikal

JUAL YAMAHA LC DEMI KE QATAR SOKONG HARIMAU MALAYA

Pengorbanan seorang rakyat Malaysia yang sanggup menjual motosikal kesayangan demi untuk ke Qatar bagi memberi sokongan kepada pasukan bola sepak negara di Piala Asia 2023 menerima reaksi pelbagai di media sosial. 

Pengguna Facebook Derrick Gan mencuri tumpuan warganet apabila mengiklankan motosikal jenis Yamaha 135LC dengan harga jualan RM4,500. 

Dalam perkongsian tersebut, Derrick berkongsi kapsyen yang cukup menarik perhatian.

“Mencari dana ke Qatar…nak lepasakan motor demi negara tercinta.

“Kejohanan besar pertama dalam sejarah (bola sepak) Malaysia,” ujarnya. 

Menariknya, gambar Derrick turut tular di media sosial yang memaparkan kegembiraannya ketika skuad Harimau Malaya berjaya menyumbat gol penyamaan di minit akhir untuk mengikat Korea Selatan 3-3 sekaligus pulang ke tanah air dengan satu mata. 

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama Malaysia layak ke Piala Asia setelah penantian 43 tahun. 

Google ads
Back to top button