
KESESAKAN TRAFIK PALING PANJANG DI DUNIA IALAH HAMPIR 100 KM DAN BERTAHAN HAMPIR 2 MINGGU – MATILANAK SEKALI KENA
Pengalaman paling tak best semasa memandu tentulah terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Korang yang biasa dok hadap di bandar besar tu tahu-tahu sajalah. Bandar kecil ni mungkin jem pun masa mungkin perayaan. Tu pun dok maki penuh mulut sampai kosong terus pahala puasa. Itu baru kat Malaysia. Jem 18 jam balik raya ke Kelantan dah rasa lama sangat-sangat.

Tahukah korang yang rekod kesesakan jalan raya paling lama ialah selama hampir dua minggu dan mencecah panjang 100 kilometer! Ya dua minggu terperangkap dalam kereta bang dan ia pernah berlaku di China pada 14 Ogos 2010 di lebuh raya China Highway 110.
Beribu kenderaan terperangkap selama berhari-hari dan direkodkan sebagai kesesakan jalan raya paling teruk di dunia. Haiya, hali-hali kena lugi umur woo.
Ia berlaku ekoran populasi yang sentiasa meningkat dan pertambahan milikan kenderaan mengakibatkan trafik menjadi semakin padat khususnya di bandar-bandar besar. Lokasi Highway 110 yang berada di kawasan tengah dan menghala ke ibukota China, Beijing tambah memburukkan keadaan. Memang hari-hari je moo lebuh raya ni.
Pada hari kejadian, aliran trafik dikatakan meningkat sebanyak 60 peratus berbanding hari biasa. Kesesakan memaksa pemandu berada dalam kenderaan masing-masing untuk jangka masa yang lama.
Pihak berkuasa bimbang ada pemandu dan penumpang yang kebuluran mengarahkan gerai-gerai jualan makanan dibuka di hentian tertentu sepanjang lebuh raya. Sudah tentu ia dikawal supaya peniaga tidak sewenang-wenang menaikkan harga macam sesetengah peniaga bazar Ramadan.

Pergerakan kenderaan hanya terhad kepada 10 kilometer sehari (boleh sakit jiwa tu) dan setengah pemandu terperangkap sekitar lima ke enam har sebelum berjaya keluar dari lebuh raya.
Kenapa ia berlaku?
Sesetengah kawasan menjadi sesak akibat kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan da nada juga akibat kemalangan. Namun alasan sebenar ialah aliran trak-trak berat komersil yang tidak putus-putus.
Operasi industry di Beijing memang bergantung kepada trak-trak mega ini untuk bekalan dan eksport. Hampir 600 juta tan material diangkut trak di atas lebih raya tahun 2009 dan meningkat kepada 700 juta tan tahun berikutnya.
Pihak berkuasa berjaya mengurangkan kesesakan dengan meminta trak-trak ini beroperasi di luar waktu puncak dan menjelang penghujung Ogos, 12 hari selepas peristiwa kesesakan besar tersebut berlaku masalah tersebut berjaya di selesaikan.