
HONDA CIVIC TYPE R 2023 BAKAL MENDARAT DI ASIA TENGGARA, VIETNAM NEGARA ASEAN PERTAMA LANCAR HOT HATCH H
Pasaran Asia Tenggara nampaknya bakal menerima kehadiran hot hatch yang ditunggu ramai – Honda Civic Type R.
Menurut laporan daripada laman web Vietnam Autopro, Honda dijangka akan muncul di acara pameran Vietnam Motor Show 2022 dan melancarkan model Civic Type R generasi ketujuh penghujung bulan ini.
Difahamkan, terdapat lima warna pilihan yang ditawarkan dengan harga jualan dijangka bermula bawah 2 bilion VND (RM381 ribu).
Selain daripada itu, Honda Vietnam juga akan membawakan varian RS untuk model-model seperti City, HR-V dan juga Civic.
Honda Civic Type R 2023 dibangun berdasarkan generasi ke-11 Honda Civic dengan membawakan enjin 2.0 liter turbo dengan kuasa melebihi 320 hp, dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan, fungsi rev-match dan dilengkapi dengan limited-slip differential.
Selain model empat roda, Honda juga bakal membawakan dua jentera lumba RC213V dan RC213VS pada acara Vietnam Motor Show 2022, bermula esok hingga 30 Oktober ini. – Autopro






