Buletin

PEMANDU SUBARU BRZ KUTIP SAMAN RM32,000 DALAM TEMPOH 11 MINIT

Sebuah Subaru BRZ ‘mengutip’ saman melebihi AS$7,700 (RM32,000) dalam tempoh 11 minit apabila dikesan pihak polis New South Wales (NSW), Australia memandu melebihi had kelajuan.

Bagaimanapun, ia bukan dikesan kereta peronda tetapi helikopter dari Unit Penerbangan Polis (PolAir) yang melakukan rondaan di kawasan pinggar bandar, Barat Sydney.

Perbuatan lelaki berusia 23 tahun itu dirakam kamera terma (suhu) dari pesawat tersebut yang mengekori suspek hingga ditahan polis peronda lebuh raya.

Menurut laman rasmi Facebook NSW, pemandu terbabit melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas seperti memandu melebihi halaju dibenarkan, tetapi belum capai lebihan 10km/j sebanyak satu kali, memandu melebihi 20km/j (6x), memandu melebihi 30 km/j (2x) dan memandu melebihi 45 km/j (2x).

Polis NSW berkata, semua saman itu bernilai AS$7,700 (RM32,000) dan 50 mata demerit yang dikumpul dalam tempoh 11 minit.

Pemandu BRZ akan didakwa di mahkamah pada 27 Julai depan atas kesalahan ‘memandu laju atau berbahaya di tempat awam. – carscoops/thedrive

Google ads
Back to top button