Artikel Pilihan

SUBARU BRZ DENGAN ENJIN TURBO, MEMANG TIADA JODOH

Semenjak Subaru BRZ @ Toyota GT66 diperkenalkan pada tahun 2012, peminat sebenarnya agak kecewa kerana ia tidak ditawarkan dengan pilihan enjin berkuasa turbo, walaupun jurutera mengakui cesi BRX/86 mampu menerima lebih banyak kuasa. Resipi enjin depan, pacuan belakang dengan agihan berat hampir 50:50 merupakan satu resipe yang mengiurkan untuk drift.

Mereka membiarkan GT86/BRZ ditala dengan turbo oleh tuner berbakat di seluruh dunia. Jadi apabila Subaru BRZ 2021 diperkenalkan, Subaru memberi enjin baru 2400cc Normal Aspirated (NA) dan bukannya enjin turbo seperti yang didambakan oleh peminat sukan permotoran. Tambah mengecewakan lagi kerana Subaru bukan tiada enjin turbo.

Subaru Ascent dipadankan dengan enjin F24F 2387cc enjin boxer turbo yang menghasilkan 260 kuasa kuda dan 376Nm tork. Sebagai perbandingan Subaru BRZ 2021 dipadankan dengan enjin F24D menghasilkan 228 kuasa kuda dan 250Nm tork. Secara logik, kalau kita pasang enjin F24F pada BRZ rasa lagi sedap prestasinya kan.

F24F

Jika dikaji dari segi angka, nampak enjin F24F lebih menyeronokkan berbanding dengan F24D. Namun jika dikaji secara mendalam seperti yang dibuat oleh Jason Fenske dari saluran Youtube Engineering Explained membuktikan bahawa pilihan enjin NA F24D yang dipilih oleh jurutera Subaru sebenarnya lebih bagus bebranding F24F bagi kegunaan Subaru BRZ

Dalam video yang diterangkan dari awal sehingga minit ke 7, Jason menerangkan walaupun enjin F24F memiliki 50% lebih tork berbanding dengan F24D, namun apabila dikira dengan faktor transmisi dan juga tork yang sampai pada tayar untuk menolak kereta ke depan, nilai 50% ini hanya berbeza sebanyak 20% sahaja. Ini bermakna jika enjin F24F dipadankan dengan Subaru BRZ, sikit sangat perbezaan yang boleh dirasai oleh pemandu

Antara kelebihan yang ada pada enjin F24F ialah ia memiliki nisbah mampatan 13.5:1 berbanding dengan 10.6:1 serta ia boleh beroperasi pada 7500RPM berbanding dengan enjin turbo yang dibataskan pada 6000RPM sahaja. Ini membolehkan jurutera menggunakan gear ratio yang lebih agresif pada RPM yang tinggi untuk memecut.

Walaupun lebihan 20% tork pada tayar nampak bagus, antara kekurangan apabila menggunakan enjin turbo ialah sistem enjin akan menjadi lebih kompleks dengan penambahan komponen turbo, intercooler, sistem penyejukan serta sistem brek yang lebih baik untuk menampung lebihan kuasa. Pertambahan komponen ini akan menjadikan BRZ semakin berat menyebabkan ia tidak lagi lincah sewaktu mengambil selekoh.

Bukan itu sahaja, kos penghasilan Subaru BRZ akan meningkat yang akan menyebabkan harga jualannya semakin meningkat sedangkan BRZ adalah sebuah kereta sport entry level. Ia sepatutnya murah (di US bukan di Malaysia). Berat sistem turbo juga akan menyebabkan pusat graviti Subaru BRZ akan menjadi lebih tinggi, semakin tinggi semakin mudah ia terdedah kepada olengan cesi sewaktu mengambil selekoh dan melakukan drift extrim.

Penggunaan enjin F24D juga memberikan kelebihan lain kepada pemandu yang mahukan respon pedal minyak yang pantas tanpa masalah turbo lag. Dari aspek lain, enjin NA menawarkan kawalan kuasa yang sekata dengan peningkatan RPM (kuasa enjin naik secara linear) berbanding dengan enjin turbo yang kuasa dihantar secara mengejut pada satu julat RPM sahaja.

Sebagai perbandingan Subaru BRZ 2012 datan dengan enjin 2000cc yang menghasilkan 205 kuasa kuda dan 211Nm tork dengan berat kereta ialah 1269kg. Versi 2021 datang dengan enjin F24D yang menghasilkan 228 kuasa kuda dan 250Nm tork dengan berat cesi hanyalah 1276kg sahaja.

Google ads
Back to top button