Buletin

TIGA BERADIK VIRAL MILIKI NAMA LAMBORGHINI, FERRARI DAN CELICA

Seorang wanita di Bandung, Jawa Barat, Indonesia menjadi viral di laman sosial selepas berkongsi nama sendiri dan dua saudaranya yang sama dengan jenama jentera sport terkemuka.

Wanita itu memiliki nama Lamborghini Astried, manakala kakaknya dipanggil Celica Riska dan nama abangnya pula ialah Ferrari Mikola.

Menurut gadis yang lebih dikenali sebagai Jini itu, meskipun dia dahulu kerap menjadi mangsa ejekan rakan-rakannya, namun dia kini tidak mempedulikan semua itu.

“Dulu saya sering dibuli gara-gara mempunyai nama Lamborghini, namun sekarang sudah terbiasa,” kata Jini.

Tambah anak bongsu daripada tiga adik-beradik itu, nama unik tersebut diberikan oleh bapa mereka yang meminati bidang automatif.

“Bapa saya yang memberi nama ini kerana dia meminati bidang automatif. Disebabkan itu, anak-anaknya diberikan nama jenama kereta.

“Kalau dari segi maksud, selain sekadar suka-suka kerana meminati kereta, ia diharap dapat membawa kejayaan kepada kami bertiga sama seperti pengeluar kereta sport itu,” katanya. – KOSMO!/Wolipop/Otosia

Google ads
Back to top button