Buletin

MEKANIK KERETA KLASIK DICEKUP POLIS – MENIPU, MENCURI HARTA BENDA LEBIH RM9.3 JUTA

Seorang mekanik di Classic American Street Rods, Richard Finley, ditahan oleh pihak polis setelah didakwa menipu serta mencuri harta benda bernilai melebihi AS$300,000 (RM1.4 juta) di Galveston, Texas.

Menurut pihak polis, hasil siasatan mendapati terdapat 24 jenis kenderaan klasik dengan nilai keseluruhan AS$2 juta (RM9.3 juta).

“Orang ramai akan membawa kereta klasik ke sini untuk dipulihkan tetapi suspek ‘menghilangkan’ kereta dan seterusnya tiada kemas kini mengenai pembaikan,” kata Mej. Pejabat Sheriff, Ray Nolen.

Seorang pemilik bernama Trae telah berputus asa untuk melihat Chevrolet Camaro 1972 miliknya semula.

Dia memberitahu bahawa dia membayar AS$28,000 (RM130,676) untuk pembaikan yang pada sepatutnya hanya mengambil masa dalam 12 minggu. Walau bagaimanapun, dua tahun kemudian dia tidak tahu di mana keretanya.

“Saya terkejut kerana mereka memiliki kereta saya. Lelaki itu jelas penipu. Maksud saya, dia menipu ramai orang kerana wang, termasuk saya sendiri.”

“Buat pemeriksaan secara teliti sebelum meletakkan kereta di bengkel dan pastikan anda menyimpan semua resit. Saya sama sekali tidak menjangkakan untuk mendapatkan kembali wang tetapi gembira kerana dapat kembali kereta saya,” katanya.

Menurut laporan, sekurang-kurangnya sepuluh daripada kenderaan itu sudah dalam proses untuk dipulangkan kepada pemilik asal dan kes berkenaan masih disiasat.

Google ads
Back to top button