PERAM SELAMA 47 TAHUN DI GARAJ. LELONGAN ISO GRIFO 1971 DIJANGKA CECAH RM1.4 JUTA
Sebuah jentera rare, Iso Grifo 1971 yang diperam selama 47 tahun di dalam garaj di London, United Kingdom (UK) mampu mencecah £250,000 (RM1.4 juta) dalam lelongan pada Sabtu ini.
Kereta yang hanya dihasilkan sebanyak tiga buah di seluruh dunia itu adalah tempahan khas oleh pemilik asalnya yang pada waktu itu menetap di Rhodesia, Afrika Selatan.
Pemilik asalnya hanya sempat menggunakan kenderaan tersebut selama tiga tahun dengan jarak perjalanan kurang 33,796 kilometer sebelum disimpan rapi di dalam sebuah garaj khas.
“Ini adalah peluang keemasan bagi peminat kereta klasik untuk memiliki kereta sport mewah yang hanya pernah dimiliki oleh seorang pemilik dan masih berada dalam keadaan baik,” demikian menurut kenyataan dari laman web pengendali lelongan, Revival Goodwood Bonhams.
Iso Grifo adalah gabungan reka bentuk eksotik Eropah yang dilengkapi dengan enjin kereta sport mewah ciptaan Amerika Syarikat. –thisismoney/kosmo!
- BACA: JPJ MELAKA NAK LELONG 46 KENDERAAN TERMASUK SUBARU IMPREZA DAN MINI COOPER
- BACA: JPJ KELANTAN AKAN LELONG 75 KENDERAAN BERMULA RM120. ADA WISH, ODYSSEY, JAZZ, SAGA DAN ISWARA
- BACA: PEMENANG BIDAAN ACURA INTEGRA TYPE-R BERPUTIH MATA. PENJUAL HANCURKAN JENTERA SELEPAS TAMAT LELONGAN
- BACA: YOUTUBER LELONG LAMBO AVENTADOR KADBOD PADA HARGA RM43,000