Buletin

JPJ MELAKA NAK LELONG 46 KENDERAAN TERMASUK SUBARU IMPREZA DAN MINI COOPER

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka bakal melelong 46 kenderaan termasuk model Subaru Impreza dan Mini Cooper pada bulan hadapan.

Pengarahnya, Muhammad Firdaus Shariff berkata sebut harga akan dibuka selama dua minggu bermula pada 6 hingga 20 September ini.

Beliau menambah, para pembida boleh memuat naik borang menerusi laman media sosial Facebook dan web JPJ .

“Lelongan kali ini dibuat menerusi sebut harga dan kita menjangkakan kira- kira 60 orang awam akan membida untuk kenderaan terbabit dengan nilai antara RM2,500 hingga RM10,000.

“Kesemua kenderaan yang dilelong berkenaan boleh didaftarkan kelak,” katanya.

Beliau memberitahu, pihaknya menyasarkan memperoleh kira- kira RM 1.5 juta daripada lelongan berkenaan.

“Bagaimanapun, melalui lelongan kali ini, ia tidak melibatkan motosikal ,” katanya. –HM

Google ads
Back to top button