
JPJ KELANTAN AKAN LELONG 75 KENDERAAN BERMULA RM120. ADA WISH, ODYSSEY, JAZZ, SAGA DAN ISWARA
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan akan melelong 75 buah kenderaan yang telah dilucut hak pada harga serendah RM120 sehingga RM11,800 bermula 11 hingga 18 Julai ini.
Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, tawaran sebut harga bagi semua kenderaan itu dibuka bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari sepanjang tempoh tersebut.
Tawaran sebut harga itu dilaksanakan secara dalam talian bagi mengelakkan orang ramai berkumpul di pejabat JPJ, sekali gus dapat mengekang penularan Covid-19.
“Kaedah ini berbeza dengan lelongan awam apabila mereka tidak perlu hadir ke pejabat JPJ untuk menyatakan sebut harga dan semua akan dijalankan secara dalam talian.
“Pelbagai kenderaan yang ditawarkan antaranya Toyota Wish, Honda Odyssey, Honda Jazz, Protan Saga dan Proton Iswara yang bermula pada harga RM120 sehingga RM11,800,” kata Hanif.
Nilai deposit sebut harga adalah lima peratus daripada harga tawaran dalam bentuk bank draf dan kiriman wang atas nama Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia.
Keterangan lanjut, sila hubungi Unit Pengurusan Sita JPJ Kelantan menerusi talian 09-766 6905 atau 09-766 6117 atau layari Facebook, JPJNegeriKelantanOfficial. – K! ONLINE
- BACA: JAGUAR, BMW, MERCEDES, AUDI & MINI COOPER DILELONG SERENDAH RM1,500
- BACA: BILA DATSUN 240Z BERJAYA DILELONG PADA HARGA RM3.26 JUTA…
- BACA: NISSAN SKYLINE GT-R R34 V-SPEC II NUR UNTUK DILELONG. BARU 10 KM PERBATUAN SAJA
- BACA: PEMENANG BIDAAN ACURA INTEGRA TYPE-R BERPUTIH MATA. PENJUAL HANCURKAN JENTERA SELEPAS TAMAT LELONGAN