Buletin

PERINCIAN SOP DAFTAR APLIKASI MYSEJAHTERA DI STESEN MINYAK – ISMAIL SABRI

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan mesyuarat teknikal Majlis Keselamatan Negara telah membincangkan isu mendaftar melalui aplikasi MySejahtera di stesen mnyak.

Untuk lebih jelas, mesyuarat memperincikan Prosedur Operasi Standard (SOP)  seperti berikut:-

– Bagi individu yang melakukan pembayaran atau transaksi dalam kedai di stesen minyak sama ada untuk membuat pembayaran petrol, pembelian barangan dan mengeluarkan duit di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) perlu mendaftar melalui aplikasi MySejahtera ataupun manual.

-Bagi individu yang menggunakan surau dan tandas juga perlu mendaftar melalui aplikasi MySejahtera atau manual.

 -Individu yang mengisi minyak di mesin pam dan membuat transaksi melalui kad kredit,debit, aplikasi dalam talian tanpa perlu masuk ke kedai dalam stesen minyak, mereka tidak perlu mendaftar melalui aplikasi MySejahtera atau manual.

-Individu yang membuat transaksi atau membayar melalui tingkap pigeon hole tanpa memasuki kedai stesen minyak, tidak perlu mendaftar melalui aplikasi MySejahtera atau manual.

-Individu yang mengisi angin tayar juga tidak perlu mendaftar melalui aplikasi MySejahtera atau manual.

-Bagi individu yang menghantar kenderaan ke bengkel di setesen minyak, mereka perlu mendaftar melalui aplikasi MySejahtera atau manual.

-Bagi individu yang menggunakan perkhidmatan cuci kereta secara manual, mereka perlu mendaftar melalui aplikasi My Sejahtera atau manual.

-Manakala bagi individu yang menggunakan perkhidmatan cuci kereta secara automatik (auto car wash), mereka tidak perlu mendaftar melalui aplikasi MySejahtera atau manual kecuali jika membuat pembayaran di dalam kedai stesen minyak.

Orang ramai diharap dapat mematuhi perincian SOP berkenaan agar tidak dikenakan tindakan kompaun.

Google ads
Back to top button