Buletin

COVID-19: EBIT LEW HANTAR BANTUAN KE SABAH GUNA PESAWAT KARGO

Pendakwah terkenal, Ebit Lew cukup sinonim dalam memberikan bantuan kepada golongan memerlukan terutama ketika negara berdepan pandemik Covid-19.

Di dalam hantaran terbaharu laman sosial Facebooknya, dia sekali lagi menunjukkan sisi prihatin dan kerisauan terhadap rakyat Sabah.

Kali ini agak berbeza kerana Ebit Lew menggunakan perkhidmatan kargo, Raya Airways dalam menyalurkan bantuan di negeri terbabit.

Sumbangan disalurkan termasuk kelengkapan perlindungan diri (PPE), cermin mata, pelitup dan pelindung muka serta pelindung kasut untuk digunakan barisan hadapan.

“Doakan ya. Risau teramat sangat baca tentang saudara kita di Sabah. Ramai mesej saya minta bantuan. Terus pagi ini (semalam) hantar barang medikal ke Sabah.

“Saya sumbangkan barang set PPE dengan spec, face shield, mask, shoe cover untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah.

“Doakan ya. insyaAllah semoga Allah selamatkan Sabah, sayang orang Sabah sangat,” katanya. – FB Ebit Lew

Google ads
Back to top button