Buletin

PERODUA JAWAB DAKWAAN KOS SERVIS BEZZA 32% LEBIH MAHAL

Merujuk kepada laporan berita yang diterbitkan baru-baru ini mengenai kos penyelenggaraan Perodua Bezza, yang didakwa 32 peratus lebih tinggi berbanding Proton Persona, Perodua ingin menjelaskan bahawa maklumat yang digunakan oleh beberapa portal online mengenai butiran penyelenggaraa itu adalah tidak tepat dan mengelirukan.

Dalam laporan media tersebut yang disiarkan pada 11hb Mac 2019, menunjukkan perbezaan kos penyelenggaraan antara Proton Persona dengan dua model kereta lain, yang dikatakan sebagai Perodua Bezza dan Honda City.

Ketidaktepatan dalam perbezaan kos adalah kerana perbandingan yang dilakukan tidak setaraf yang mana kos penyelenggaraan Proton Persona dikira seperti yang dijadualkan di dalam buku servis atau manual pemilik.

Manakala bagi Perodua Bezza, pengiraan adalah berdasarkan kos Penyelenggaraan Pencegahan (pilihan) dan bukannya kos mengikut jadual seperti yang dicadangkan di dalam buku servis kenderaan tersebut.

Berdasarkan jadual di atas, perbezaan kos penyelenggaraan Perodua Bezza pada tahun ke-5 hanya RM44 atau 1.4 peratus dan bukan 32 peratus seperti yang dilaporkan.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Perbezaan ini adalah kerana kos premium pelincir gred 0W-20 untuk Bezza dibandingkan dengan 10W-30 untuk Proton Persona.

Di samping itu, Perodua Bezza menggunakan palam pencucuh Iridium untuk kecekapan bahan api dan prestasi enjin yang lebih lancar.

Malah, pemilik Bezza membayar RM239.55 kurang berbanding pemilik Persona pada kos penyelenggaraan pada akhir tahun ke-3.

Sebagai model yang diperakui kerajaan sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), Perodua Bezza adalah di antara kenderaan yang mempunyai kecekapan bahan api terbaik di negara ini.

Bezza 1.0L Manual berpotensi untuk bergerak 22.8 km/l, varian terbaik dalam keluarga Bezza. Bezza 1.0L bergerak 21.3 km/l. Manakala bagi Bezza 1.3L, ianya bergerak sejauh 21.7 km/l bagi manual dan 21 km/l bagi auto. Untuk 1.3 Bezza Advance Auto yang dilengkapi dengan Eco Idle, ekonomi bahan api adalah pada 22 km/l dalam mod ECE.

Berdasarkan faktor-faktor di atas, ia memberikan penjimatan yang besar ke atas kos keseluruhan pemilikan Bezza. Sedangkan maklumat kecekapan bahan bakar bagi kereta pesaing tidak diberitahu kepada umum.

Bagi pemilik yang sanggup berbelanja lebih daripada yang disyorkan dalam manual penyelenggaraan pemilik, Perodua juga menawarkan pakej pencegahan pilihan yang dikenali sebagai Pro Care.

Pakej ini termasuk penjajaran tayar dan keseimbangan, penyelenggaraan penyaman udara dan penggantian komponen berkaitan untuk memastikan kelancaran pemanduan serta ketenangan fikiran pemilik.

Pakej Pro-Care adalah cara Perodua untuk menyediakan pakej penyelenggaraan  lengkap di setiap pusat servis demi kemudahan para pelanggan.

Risalah dan kain rentang turut diletakkan di pusat servis untuk mewujudkan kesedaran tentang perkhidmatan ini dan ia dilakukan secara sukarela sepenuhnya.

“Kami mengambil berat tentang pendekatan laporan daripada jenama tertentu kerana ia sangat mengelirukan dan tidak tepat.

“Kami ingin memberi nasihat kepada orang ramai untuk mengesahkan terlebih dahulu kandungan laporan dengan merujuk kepada sumber yang betul,” kata Perodua.

Tags
Google ads
Back to top button