Buletin

KISAH HIDUP – AKU ADALAH ARUZ PERDANA

Salam sejahtera buat semua pembaca Mekanika sama ada yang baharu follow atau pun semenjak dari zaman Majalah Kereta lagi. Semua orang sudah tahu, aku adalah Aruz. Ahli keluarga terbaharu di kalangan ahli keluarga Perodua. Jadi, marilah baca alkisah riwayat hidup aku ini.

Semua orang tahu, aku ini telah pun selamat dilancarkan pada Januari lalu. Dan sehingga kini, tempahan untuk memiliki aku terus meningkat saban hari. Kencanglah SA Perodua ini kan.

Kini, aku telah pun selamat dimiliki oleh seorang jejaka yang tidak berapa nak muda. Uban pun penuh di kepala. Tapi perangai, Astagfirullah. Urut dada dibuatnya.

Menurut tuan baharu aku ini, beliau amat berpuas hati setelah lebih seminggu bersama. Sedap dipandu di lebuhraya dan juga hutan bandar. Terima kasih kepada sistem eco idle yang mampu menjimatkan bahan bakar sewaktu menempuh kesesakan lalu lintas. Namun menurut tuan aku, beliau sedikit gusar tentang tahap kehausan brek pad kerana ianya perlu ditekan dengan sepenuh hati bagi mengaktifkan sistem tersebut sewaktu bertarung dengan ‘iblis jem’.

Walau bagaimana pun, kesedapan memandu di hutan bandar tidak sama dengan memandunya di Jalan Seremban – Rembau. Dia punya bergoyang sedikit terasa serupa kapal layar kalau pandu terlalu mengikut hati dan perasaan. Mujur tuan aku memandu serupa orang tua, seiring dengan peredaran usia beliau juga.

Cuma kalau memandu untuk jangka masa yang lama, tangan kiri memang mudah berasa lenguh. Kasihan juga dengan beliau. Sekarang ini jenis buat kenderaan tak ada arm rest gamaknya. Mujur ada Shopeeeeee dan juga Lazata. Boleh beli atas talian.

Tapi kan, aku sedikit curiga juga, apa pasal entah tuan aku ini tak mahu pula menguji naik ke Genting. Sedangkan orang lain berlumba – lumba nak menguji naik Genting. Katanya, dakyah naik ke Genting ni harus di hentikan. Sia – sia sahaja ada cable car yang baharu itu. Kan mudah?

Tapi yang pasti, tuan aku amat berpuas hati dengan pembelian aku ini. Katanya, ini adalah pembelian berbaloi sesudah memiliki Alza sebelumnya. Dan rasanya kesemua pemilik Aruz juga pasti berpuas hati dengan diri ku ini. Cuma sikit – sikit tu biasalah. Terlalu tinggi untuk dinaiki misalannya. Pasang escalator, setel masalah.

Tapi apa adahal, dengan harga serendah RM72k pun (Varian X) dah boleh dapat siap dengan kamera undur dan juga Smart Tag terbina dalam. Beg udara pun sampai enam. Sebetulnya perkara kecil sebegini mampu menjadi faktor pilihan mengapa aku ‘Aruz’ dipilih berbanding jenama lain selain daripada faktor harga yang jelas lebih murah berbanding pesaing lain.

Dengar khabar tempahan diri ku ini juga sedang mencanak naik. Tempoh menunggu juga boleh membuatkan bakal pembeli geram ketap bibir bilakah Aruz idaman boleh keluar daripada bilik pameran.

Cuma lah kan. Aku tak sabar pula nak melihat kembar sulung aku si Rush itu di atas jalanraya. Payah nau nak jumpa. Walau pun ada sedikit kata – kata berbaur perkauman di antara Toyota dan Perodua, namun sikit pun aku tak ambil pusing. Iyalah, kami ini kan adik beradik.

Kalau baki dalam slip gaji itu penuh lagi, boleh aja pilih Rush. Yang baki ciput serupa tuan aku ini, jadilah pakai Aruz X. Kan?

BACA : INI KOS PENYELENGGARAAN PERODUA ARUZ

BACA : MANA SATU PILIHAN HATI? PROTON X70 ATAU PERODUA ARUZ?

Google ads

B K

Back to top button