Buletin

PROTON EKSPORT 261 UNIT MODEL SUV KE TRINIDAD DAN TOBAGO

Sejak bulan Mac tahun ini, pengeluar kereta nasional PROTON telah memperluas jangkauan geografinya di Caribbean dengan bekerjasama dengan ANSA Motors Limited di Trinidad dan Tobago, sebuah syarikat dengan pengalaman selama satu abad dalam industri automotif.

Kerjasama ini membuahkan hasil yang memberangsangkan dengan sambutan pembeli terhadap model keretanya melebihi jangkaan awal.

Setakat ini, PROTON telah menghantar 261 unit ke negara tersebut pada tahun 2024, iaitu 101 peratus daripada sasaran volumnya dengan jumlah keseluruhan kenderaan PROTON yang dihantar ke sana sebanyak 366 unit sejak CY2023.

Terdahulu, PROTON melancarkan model SUV terlarisnya – PROTON X90 dan Proton X50 di negara kepulauan Caribbean tersebut pada 13 Mac tahun ini.

Dengan permintaan tempatan yang semakin meningkat, ANSA Motors meningkatkan sasaran jualan mereka kepada 300 unit pada tahun 2024.

Pengedar tempatan itu dipilih oleh PROTON berdasarkan rekod yang mengagumkan dan latar belakang automotif yang kukuh.

Sebaliknya, model PROTON dipilih atas kualiti, rekod di Malaysia dan kesesuaian ciri-ciri geografi dan demografi rantau tersebut.

Walaupun dengan populasi hanya 1.5 juta, perkembangan industri automotif Trinidad dan Tobago sejajar dengan negara-negara lebih maju, dengan pembeli kereta semakin cenderung kepada ciri-ciri baru seperti hibrid serta kenderaan elektrik (EV).

Dengan peningkatan pendapatan per kapita yang semakin meningkat di rantau tersebut, kenderaan mewah semakin menjadi pilihan, dan kemunculan jenama baru seperti PROTON mendapat penerimaan di luar jangkaan.

“Teknologi dan penetapan harga kenderaan PROTON adalah kekuatan yang kami dapat manfaatkan dan kami sangat yakin tentang masa depan.

“Kami memerlukan jenama yang menawarkan nilai untuk wang dalam segmen yang tidak kami tiada, dan jenama PROTON sememangnya memenuhi keperluan tersebut, kata Ketua Perniagaan Serantau, ANSA Motors, Jerome Borde.

Seperti banyak negara membangun yang lain, pasaran automotif di Trinidad dan Tobago perlahan-lahan mula menerima kenderaan elektrik (EV) dengan hibrid menjadi daya tarikan utama untuk pertumbuhan dalam jangka pendek, menurut pandangan ANSA Motors.

Ia menambah bahawa perubahan ini akan menjadi eksponen apabila unit-unit menjadi lebih mampu milik dengan lebih banyak pilihan memasuki pasaran.

Google ads
Back to top button