Motosikal

YAMAHA PG-1 SENSASI BARU SEGMEN CUBCROSS DI MALAYSIA – RM6,998

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) menoktahkan pelbagai rekod baharu ketika berlangsungnya Karnival Gen BLU Yamaha bertempat di Bandar Medini, Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu. 

Antara rekod dicapai termasuk mengumpulkan 16,009 motosikal Yamaha dalam satu acara sementara Dewi Yamaha mengukir rekod konvoi wanita paling jauh dengan lebih 2,000km dicatatkan ketika menyelusuri seluruh Semenanjung Malaysia. 

Bagaimanapun, berita baik tidak berhenti disitu apabila HLYM turut melancarkan model baharu menerusi Yamaha PG-1 (Playful Gear-1) untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM6,998. 

PG-1 merupakan motosikal kapcai dengan elemen lasak sekaligus bakal bersaing dengan Aveta Ranger Max yang juga popular. 

Yamaha PG-1 dipacu enjin satu silinder 113.7cc SOHC dengan penyejukan udara yang menghasilkan 8.8hp pada 7,000rpm dan 9.5Nm pada 5,500rpm. 

Bahagian casis pula merangkumi fork teleskopik di depan serta penyerap hentakan berkembar dibelakang. Brek pula terdiri daripada cakera brek depan dan brek dram di belakang yang dipadankan bersama rim lidi 16-inci dengan penggunaan tayar tiub. 

Antara ciri lain ditawarkan:

  • tangki 5.1L
  • panel meter analog 
  • penghidup elektrik
  • berat 107kg

Bagi mengekalkan imej retro, PG-1 ini juga hanya menggunakan lampu halogen berbanding LED. 

GALERI: YAMAHA PG-1

Google ads
Back to top button