Buletin

PAMER KREATIVITI DAN KEMERIAHAN HARI RAYA, #RAYASTYLOWITHS70 PROTON TAWAR HADIAH WANG TUNAI RM42K

PROTON mengajak rakyat Malaysia untuk meraikan Hari Raya dengan penuh gaya menerusi pertandingan #RAYASTYLOWITHS70!

#RAYASTYLOWITHS70! adalah peluang untuk mempamerkan kreativiti anda, merakam kemeriahan perayaan, dan berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM42,000.

Pertandingan ini memberi tumpuan kepada keunikan PROTON S70, sedan Segmen-C yang bukan sahaja bergaya tetapi juga penuh karakter.

Dengan rekaan aerodinamik, pencahayaan moden, dan bahagian dalaman premium, model ini menjadi inspirasi utama untuk kempen Raya yang penuh warna-warni.

Sama ada anda seorang pencerita, peminat automotif, atau pencinta fesyen, tunjukkan kreativiti anda dengan menghasilkan video pendek berdurasi maksimum 60 saat.

Gabungkan keanggunan PROTON S70 dengan elemen perayaan seperti dekorasi tradisional, pakaian Raya yang mempesonakan, atau suasana malam yang diterangi cahaya pelita.

Cara Penyertaan:

  • Muat naik video anda di TikTok (boleh dimuat naik serentak ke platform media sosial lain).
  • Gunakan hashtag #RAYASTYLOWITHS70 dan tag @ProtonCarsOfficial.

Pemenang akan dipilih berdasarkan tiga video dengan jumlah ‘likes’ tertinggi di mana hadiah utama bernilai RM10,000, diikuti RM5,000 untuk tempat kedua, dan RM3,000 untuk tempat ketiga.

Sepanjang tempoh pertandingan, PROTON juga akan menampilkan video paling kreatif di platform rasminya, selain mengadakan pelbagai aktiviti interaktif.

Pertandingan berlangsung dari jam 12:00 pagi, 17 Mac hingga 11:59 pagi, 18 April 2025. Jangan lepaskan peluang ini untuk bergaya dengan PROTON S70 dan menang besar!

Untuk maklumat lanjut, layari: PROTON Official Website

Google ads
Back to top button