
RASMI: VESPA GTS 300 CLASSIC KINI DI MALAYSIA – RM29,900 UNTUK 50 PEMILIK PERTAMA
Didi Group, selaku pengedar rasmi jenama Vespa dengan rasminya melancarkan Vespa GTS 300 Classic untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM31,900.

Ketibaan Vespa GTS 300 Classic secara langsung menyaksikan keluarga GTS 300 terus berkembang menyertai GTS SuperSport dan GTS SuperTech.
Seperti keluarga GTS sedia ada, varian Classic ini juga menawarkan tahap keselesaan tinggi selain kemampuan kembara.

Menggerakkan GTS 300 Classic ini adalah enjin HPE satu silinder 278cc SOHC yang berupaya menjana 23.8hp pada 8,250rpm dan 26Nm pada 5,250rpm. Kuasa pula disalurkan menerusi transmisi automatik CVT.

Antara perincian lain ditawrakan termasuk:
- tangki bahan api berkapasiti 8.5L
- ketinggian tempat duduk 790mm
- penyerap hentak belakang dengan pelarasan pra-beban empat peringkat
Menurut Didi Group, Vespa GTS 300 Classic ini hadir dengan tiga warna; Beige Sabbia Q02, Black Vulcano ND dan Green Relax V11.

Menariknya, bagi 50 pelanggan pertama, GTS 300 Classic ini boleh dimiliki pada harga RM29,900.