
300 UNIT PERTAMA SYM HUSKY ADV 300 HABIS DIJUAL
Permintaan terhadap motosikal jenis skuter jelas menampakkan peningkatan dengan pelbagai tawaran model baharu diperkenalkan untuk pasaran Malaysia.
Menariknya, kami diberitahu bahawa kumpulan pertama SYM Husky ADV 300 yang dilancarkan awal tahun ini telah pun habis dijual. Menurut sumber, kumpulan pertama itu melibatkan 300 unit Husky ADV 300.

Bagi yang masih berminat untuk mendapatkan skuter gaya urban adventure itu boleh menunggu kemasukan stok baharu sekitar April 2025.
Atas kertas, Husky ADV 300 dikuasakan enjin satu silinder 278cc dengan sistem penyejukan air yang berupaya menghasilkan 25.8hp pada 8,000rpm dan 26Nm pada 6,000rpm.

Seperti versi 150cc, model ini juga menampilkan kelengkapan terkini antaranya:
- brek cakera dengan ABS
- traction control
- suspensi belakang dengan lima tahap pelarasan
- rim 15-inci depan, 14-inci belakang
- penghadang angin boleh laras
- handguard

Menariknya, ketika Husky ADV 150 menawarkan panel meter digital berwarna, versi 300cc ini pula dilengkapi meter TFT selain menawarkan tangki 16L.