
QUARTARARO TERPANTAS DI SIC, POSITIF UNTUK PETRONAS YAMAHA SRT
Pada hujung minggu lalu pasukan MotoGP hadir ke Litar Antarabangsa Sepang bagi menguji jentera masing-masing.
Satu keputusan menarik apabila Fabio Quartararo dari pasukan PETRONAS Yamaha SRT mencatatkan masa terpantas manakala Franco Morbidelli di tempat ke-13.
Sesi selama tiga hari itu juga memberikan input bagi persediaan untuk musim 2020 dengan perlumbaan pertama di Qatar bulan depan.
Pada hari terakhir, Fabio Quartararo berjaya memperbaiki masa yang dicatatkan pada Sabtu meskipun berdepan dengan beberapa cabaran sebelum menguji kompaun tayar belakang baharu Michelin.
Selepas rehat tengah hari, Fabio Quartararo kembali fokus kepada sesi ujian dan secara keseluruhannya berjaya mencatatkan pusingan terpantas dengan masa 1 minit 58.349 saat daripada 57 pusingan yang dilakukan.
Franco Morbidelli pada awalnya mahu turut serta dengan rakan sepasukan dalam sesi time attack bagaimanapun perlu menguji beberapa larasan bagi menangani masalah pada bahagian depan.
Beliau kemudian menyambung sesi ujian pada tengah hari dan berjaya menghabiskan 58 pusingan bersama Yamaha YZR-M1 dengan catatan masa terbaik 1 minit 58.838 saat atau 0.489 saat di belakang Fabio Quartararo dan menduduki tempat ke-13.
Dengan tamatnya sesi di Sepang, PETRONAS Yamaha SRT akan mentaksirkan input yang dikumpul sebelum ke sesi ujian rasmi MotoGP pada 22-24 Februari di Qatar.
Dua lagi pelumba Yamaha iaitu Valentino Rossi memperolehi kedudukan kelima terpantas manakala Maverick Viñales di tempat ke-16.
BACA: YAMAHA FASCINO, SASARAN JUALAN 200K UNIT DI INDIA
BACA: YAMAHA MUNGKIN HASILKAN TENERE 70 YANG LEBIH HARDCORE
BACA: 3S-GE. KEJURUTERAAN JITU TOYOTA DAN YAMAHA
Berikut ialah catatan masa dan ranking di SIC:
POSISI | PENUNGGANG | NOMBOR | PASUKAN | MASA/JURANG |
---|---|---|---|---|
1 | Fabio Quartararo | 20 | PETRONAS Yamaha SRT | 1:58.349 |
2 | Cal Crutchlow | 35 | LCR Honda CASTROL | +0.082 |
3 | Álex Rins | 42 | Team SUZUKI ECSTAR | +0.101 |
4 | Francesco Bagnaia | 63 | Pramac Racing | +0.153 |
5 | Valentino Rossi | 46 | Monster Energy Yamaha MotoGP | +0.192 |
6 | Danilo Petrucci | 9 | Ducati Team | +0.257 |
13 | Franco Morbidelli | 21 | PETRONAS Yamaha SRT | +0.489 |