Buletin

YAMAHA MUNGKIN HASILKAN TENERE 70 YANG LEBIH HARDCORE

Yamaha tidak menolak kemungkinan akan menghasilkan versi Ténéré 700 yang lebih hardcore.

Dalam satu temubual dengan laman web pemotoran Itali, Motociclismo, Ketua Projek Ténéré 700, Takushiro Shiraishi memberitahu pihaknya ada menerima banyak permintaan dan sedang mempertimbangkannya.

Jika dilihat kepada angka jualan, Ténéré 700 menjadi antara model baharu paling laris sepanjang tahun 2019.

Gabungan gayaan yang rugged, perkakasan berkeupayaan tinggi, komponen dan chasis lasak serta enjin MT-07 berkuasa membuatkan ramai peminat jentera adventure memilih Ténéré 700.

Tangki minyak berkapasiti 19 liter yang digabungkan dengan enjin 700 CP2 cukup menjimatkan dan membolehkan anda bergerak lebih 321km.  

Walaupun Ténéré 700 menawarkan keupayaan dan keterujaan, harus tahu ia bukanlah sebuah motosikal 100 peratus untuk kegunaan off-road. Jika mahukan yang lebih berkuasa, pilih sahaja XT1200ZE Super Ténéré.

Tags
Google ads
Back to top button