;
Buletin

RALLY ESTONIA 2019 – OTT TÄNAK HERO LOKAL MENANG!

Rata – rata peminat dunia sukan mungkin sedar bahawa sekarang ini adalah musim cuti rehat dalam kalendar permotoran setelah selesainya sesi pertama perlumbaan. Peluang untuk pasukan yang bertanding mengkaji semula tentang data – data perlumbaan bagi mengharungi sesi kedua perlumbaan bagi musim 2019. Tetapi minggu sudah telah berlangsungnya perlumbaan Rally Estonia 2019, sebuah perlumbaan promosi dalam kalendar WRC bagi musim ini.

Walaupun hanya sekadar perlumbaan promosi dan tidak menjanjikan pungutan mata, namun ianya tidak menghalang buat pasukan WRC untuk menurunkan pelumba handalan mereka seperti Ott Tänak, Andreas Mikkelsen, Elfyn Evans, Esapekka Lappi serta Craig Breen beraksi. Dan menariknya juga, perlumbaan ini turut disertai Oliver Solberg yang memandu Polo GTI R5.

Pada perlumbaan yang berlangsung di Otepää, sebuah negeri di Selatan Estonia, sudah tentu juaranya adalah milik hero tempatan, Ott Tänak yang memandu Yaris WRC.Ternyata Ott Tänak tidak menghampakan harapan peminat apabila beliau berjaya menggungguli beberapa peringkat saingan sekaligus meninggalkan pelumba Andreas Mikkelsen yang memandu Hyundai i20 WRC. Sesungguhnya prestasi beliau sewaktu berlumba di kampung halaman sendiri cukup menyakinkan. Apatah lagi ditambah sokongan daripada peminat tempatan.

Melengkapkan podium adalah pelumba dari Citroen, Esapekka Lappi. Kejayaan ini sudah tentu memberikan suntikan semangat buat pelumba dari Finland ini sebelum berlumba pusingan berikutnya di kampung halaman di Rali Finland.

Kategori R5 juga tidak kurang hebatnya juga apabila, Oliver Solberg berjaya membuktikan beliau adalah jaguh dalam pembikinan apabila berjaya menjuarai kategori tersebut dan berada di tempat ketujuh keseluruhan. Aksi pelumba muda yang masih belum cukup umur 18 tahun ini agak memukau apabila berjaya mendahului dari permulaan lagi. Beliau berjaya meninggalkan hampir 1 minit 28.5 saat pemenang di tempat kedua. Mengikut firasat BK, anak kepada lagenda rali yang sedang beraksi di USA ini pasti tidak perlu menunggu lama untuk beraksi dalam pentas WRC sedikit masa lagi.

Seorang lagi pelumba muda WRC dari pasukan M-Sport, Teemu Suninen pulatelah ditugaskan untuk memandu Ford Fiesta R5 yang baharu bagi menguji prestasi sebenar kereta lumba baharu tersebut. Walaupun harapan diletakkan kepada beliau untuk menggungguli saingan R5, namun ianya tidak kesampaian apabila sekadar berada di tempat kelima kategori R5. Rasanya masih banyak yang diperlukan lagi untuk Fiesta R5 baharu ini mencapai prestasi yang maksimum.

Selepas ini, tumpuan dunia rali bakal beralih ke saingan di Finland pada awal Ogos nanti.

BACA : WRIC 2019 – OTT TANAK RAIH KEJAYAAN DI PORTUGAL

BACA : WRC 2019 – OTT TANAK UNGGULI SAINGAN DI CHILE

Tags
Google ads
Back to top button